Hidangan untuk keluarga akak beberapa hari yang lalu simpel aje.
Berasaskan ikan dan sayur.
Sebenarnya seronok memasak ni, terutama kita masak makanan kegemaran kita dan untuk kita sendiri yang makan. Dan semestinya kita masak yang paling sedap dan berkhasiat.
Jangan hiraukan orang yang tak nak makan masakan kita. Diorang tak makan bermakna kita boleh makan dengan banyak dan kesedapan yang kita masak itu tak akan mereka rasai, mereka juga yang rugi kan.
Bila soal orang makan ke tak ke ni berpunca dari diri akak sendiri.
Sebab akak sebenarnya susah dalam memilih lauk atau kueh yang terhidang di restoran atau kedai makan. Walau banyak lauk pauk yang terhidang, alih alih akak akan pilih lauk yang paling simple masakannya ia itu .....ayam goreng..hahaha?
Sebabnya selera kita berlainan dan akak orang yang payah untuk mencuba ..Rugikan.. tu la..tapi nak buat macamana. Dah memang
gitu perangai akak...
Rugi..rugi rugi.
Ok lah akak membelel.
Akak nak tunjukkan apa masakan yang akak sediakan untuk hari ini,
Ini dia........
IKAN SINGGANG ASAM PEDAS KELANTAN
Masakan ini memang masakan kegemaran akak.
Kegemaran bonda akak , ke tidak sukaan adik bungsu akak.. ayah su terr.
Bila berbicara tentang adik bungsu akak, semua masakan berasaskan air memang dia paling anti, yang paling dia suka semua jenis kari, dulu masa kita orang belum khawin, bonda akak masakkan setiap hari guali berasaskan guali kari, hanya khas untuk adi, bungsu kami, sedangkan kami yang lain lebih berminat dengan masakan air..aduhai terkenangan masa dulu dulu pulak akak...Maaflah ya...😆😆😆😆😆
Ini resepinya ya.
4 ekor ikan kembung - ikan lain pun ok
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 labu bawang besar
1 batang serai di ketuk
4 keping asam gelugur / keping
2 in kunyit hidup
3 in lengkuas
1 in halia
1 biji tomato
1 ikat daun kesum
Garam
Gula
Ajinomota
Caranya
Blend kan bawang merah , bawang putih, halia, kunyit, lengkkuas. masukkan kedalam periuk yang berisi air. Air jangan banyak sangat dahulu ya. Masukkan juga asam keping, garam gula , serai dan ajinomoto jika suka . Biarkan ia mengelegak dengan agak lama, agar rasa masam masim dan bahan tadi keluar. Masa ini biarlah rasa masim dan masam itu terlebih kerana detelah ikan masak baru kita tambah airnya .
Setelah itu kecilkan api masukkan ikan, daum kesum, tomato.
Biarkan ikan itu masak dengan api yang kecil. Kemudian tambahkan air secukupnya . Rasakan . Dan hidangkan. Bersama
SAYUR CAMPUR MELELIH
meleleh tu sebab sedap sangat. Akak buat lebih sayur ni, untuk akak ratah aje. Tak makan nasi pun tak apa. Tapi rugilah sebab ada lauk lain yang akak gandingkan bersamanya.
Tengok pun dah tahu sedap ke tidak ya..
Walaupun akak tahu semua orang dah tahu resepi ini, tapi takapalah akak sertakan jugak ya , manalah tahu resepi akak ni berlainan sikit dari yang lain kan. ..lebih kurang aje sebenarnya.
Bahan.
5 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
6 ekor udang
1 kuib ayam
Bunga kubis,
Kubis biasa
Lobak merah
Lada merah
Lada hijau
Sos
Garam dan gula
Caranya,
Tumis bawang putih dahulu sedikit kekuningan, baru masukkan bawang besar , goreng hingga lalu dan naik bau.
Masukkan udang dan lobak merah, masukkan kuib ayam, sos dan sedikit air jika perlu. Kemudian masukkan semua sayuran , kecilkan api, masukkan garam dan gula secukupnya
Siap.
Silakan
Sempat jugak sekembong sekor ni tunjuk rajuknya.
Ialah salah akak , tak goreng bawang besar dengan lada sekali.
Alahai lah kembung, sekali sekala tak payahlah nak suruh bawang besar dan lada segar tu dok berdampingan selalukan. Boring jugak akak menengoknya..
🤓🤓🤓🤓🤓