Khamis, 31 Mac 2016

SUP KELAPA IKAN MERAH KEMBALI



Sup kepala ikan merah yang sedap.




Resepinya
Sebelah kepala ikan merah (basuh dan toskan)
1 bungkus sup ayam.  (Sup ikan tak ada)
2 ulas bawang merah
4 ulas bawan putih
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 batang lobak merah
2 keping asam gelugur
Gula 
Garam 
Secubit Serbuk perasa
1 sudu penoh Lada hitam di tumbuk halus
I sub bunjut


Caranya
Panaskan air kedalam periok hingga mendidih.
Panaskan minyak dan masukan pekakas sup yang telah di basuh dan masukan  bawang putih dan bawang merah yang telah di iris hingga sedikit garing dan angkat dan toskan sekejap baru di masukkan kedalam periok yang telah di isikan air tadi.
Masukan ikan dan garam, perasa, asam gelugur dan sedikit gula, separuh kuib ikan bilis dan rasakan.



Ikan telah di masukan kedalam periok.



 Hidang kan masa panas panas..
Makan lah bersama hati yang tenang bukan masa hati tengah marah.
Pasti best.....Alahai...





Bila fikiran pening. Blog pun ikut pening.. hidangan ini di masak dan dimasukkan ke blog hari yang sama tapi keluar dalam blog tarikh yang berlainan.







IKAN KERAPU KUKUS TIGA RASA

Alhamdulillah. Selera cik abang akak dah bertambah baik.
Eh.. tak.. ok aje cik abang akak tu, cuma..
Minggu yang lalu dan bulan bulan yang lalu, selera dia asik yang sama aje. Nak makan benda yang sama aje, tu yang akak tak berapa rajin nak buka blog akak ni. Ya lah takkan hari hari nak tayang dan bagi resepi yang sama aje kan..kan..kan.. hihihi..

Hari ni ...
Tapi sebelum tu, akak nak jelaskan bukan tujuan akak masukan gambar kat sini dengan tujuan nak menunjuk apa yang akak dan keluarga makan.bukan . Salah tu.  Akak dan keluarga akak makan pun bukannya yang mahal mahal pun. Biasa biasa aje, semua orang boleh makan kan..

Eh membebel pulak akak.. saja je tu...maklum  itu tanda kita sedang stress..tua sudah mari....

Nah ini dia  gambar berbicara...
Traaa







Akak sengaja potong 2, sebab  1 potong simpan untuk anak perempuan yang berkerja malam, nanti akak panaskan aje..
Selamat menjamu mata ya... alahai...



Rabu, 9 Mac 2016

Ikan kembung goreng 3 rasa

Wah sedap sungguh resepi ikan  3 rasa dari blog secubit garam ni
Betul betul menjadi..
Walaupun cuma si ikan kembung tapi ramuannya memang best. Sebenarnya resepi tu gunakan ikan kerapu goreng, tapi akak cuma ada ikan kembung aje, tapikan memang sedap sangat..

Resepinya akak masukkan kemudian ya, atau teruskan saja blog tersebut di atas.

Akak jamu gambarnya dulu...














Inilah dia... siap  ,  suka sangat bila masak , masakan menjadi...
Alhamdulillah......








Selasa, 8 Mac 2016

KIMCHI lah pulak.


Tengok gambar ajelah dulu..
Cerita kemudian ya...resepi nya lah.
 Bubur untuk bahan kimchi..penting ni

 Kubis yang telah di rendam dengan garam 4 jam kemudian di basuh dan ditoskan

Bahan campuran atau kawan untuk teman kubis jerok tadi.. daun kucai, daun bawang, dan lobak merah.. kasihan kat kubis kalau tak ada teman. Sunyi pulak dia kan.



Ini dia campuran bahan tadi,  kawan kubis tu lah..tapi akak ada masukan bahan yang telah akak blend bawang besar,halia dan bawang putih, kemudian masukkan kedalam bubor tadi.


Gaulkan dengan kubis tadi sehelai sehelai ya

Dah siap untuk di masukkan kat dlm peti sejuk...
Tak sabar nak tunggu esok.
Tadi dah cuba dah sikit... tu yg tak sabar tu
PATUTlah org korea suka sangat benda ni..
Sebab sedap rupanya.... Alaihai..



BILO CIK BALIK KAMPUNG GAK..

Bila akak  ( cik ) sekali sekala balik kampung lama sikit gak merioh rumah bonda.
Semua adik beradik anak saudara cucu saudara pakak mari..
Dah jadi macam hari raya pulak..
Bonda pun napok segar bugar.

 Tapi bonda tak sempat nak berdandan.. siap baju seksi lagi

Chef Sanusi yg terkenal sedang sibuk mengoreng kue tiau tersohornya. Memang sedap..







Ni antara yang sempat di hidang untuk jamuanrumah bonda.