Khamis, 31 Mac 2016

SUP KELAPA IKAN MERAH KEMBALI



Sup kepala ikan merah yang sedap.




Resepinya
Sebelah kepala ikan merah (basuh dan toskan)
1 bungkus sup ayam.  (Sup ikan tak ada)
2 ulas bawang merah
4 ulas bawan putih
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 batang lobak merah
2 keping asam gelugur
Gula 
Garam 
Secubit Serbuk perasa
1 sudu penoh Lada hitam di tumbuk halus
I sub bunjut


Caranya
Panaskan air kedalam periok hingga mendidih.
Panaskan minyak dan masukan pekakas sup yang telah di basuh dan masukan  bawang putih dan bawang merah yang telah di iris hingga sedikit garing dan angkat dan toskan sekejap baru di masukkan kedalam periok yang telah di isikan air tadi.
Masukan ikan dan garam, perasa, asam gelugur dan sedikit gula, separuh kuib ikan bilis dan rasakan.



Ikan telah di masukan kedalam periok.



 Hidang kan masa panas panas..
Makan lah bersama hati yang tenang bukan masa hati tengah marah.
Pasti best.....Alahai...





Bila fikiran pening. Blog pun ikut pening.. hidangan ini di masak dan dimasukkan ke blog hari yang sama tapi keluar dalam blog tarikh yang berlainan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan