Rabu, 28 Oktober 2015

Ikan rebus goreng, walaupun hitam tapi ada ummp


Walau rupa tak lawa tapi bila makan habis ke tulang tulangnya..licinnnnn


Ikan rebus
1 kilo ikan selayang apa- apa ikan pun ok
8 keping asam jawa
2 sudu besar cuka
4 sudu makan garam bukit
1/2 keping manisan saiz kecil
Air

Caranya..  biasa aje  bersihkan ikan kemudian masukan semua bahan dan air kedalam periok rebus sehinggga masak. Ikan rebus ini kan bertambah lazatnya setelah 3  atau 4 hari kita ulang panaskan nya

Ikan rebus goreng

Ikan rebus
 biji lada hijau dan merah
 bawang besar
Minyak untuk menggoreng ikan

Cara goreng biasa aje lah ya

Peria goreng campur

Hidangan untuk kesihatan
Sayur campur goreng

Resepinya
2 biji peria kecil
1/2 biji lada benggala kuning
1/2 biji lobak merah -di mayang
5 ulas bawang merah  - di mayang
3 ulas bawang putih- dimayang
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar udang kering
1 biji telor
1inci halia
1 sudu sambal merah
1 sudu besar minyak bijan
Minyak zaitun untuk mengoreng
Garam
Gula


Cara:  masukkan minyak untuk menumis halia kemudian bawang puteh dan bawang merah yang telah di mayang hingga naik baunya, masukan sambal merah , masukan udang kering yang telah di tumbuk halus (rendam terlebih dahulu).masukan lobak merah sehingga agak lembut, kemudian masukan telor biarkan agak masak baru di kacau bersama bahanyang di goreng, masukan peria (yang telah di potong kemudian di rendam dengan air garam toskan)lada benggala, kemudian masukan perasa garam gula minyak bijan  hidangkan.



Sayur campur ala kelantan

Sayur lemak
1 biji terong
1 ikat daun bayam
Sedikit cendawan
1/2 batang lobak merah
1 biji lada merah dan hijau
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar lada hitam
1/2 ekor ikan rebus
Garam gula
150 ml santan di campurkan 100 ml air
50 ml santan pekat.

Caranya:
Masukan bawang putih,bawang merah di kisar kedalam periok yang berisi santan cair ( santan pekat di campur dengan air ) masukan terong cendawan lobak merah, lada hitam , ikan rebus masakan. Bila sayur hampir masak masukkan daun bayam, lada merah dan hijau dan perasa garam dan gula . Ahir sekali masukan santan pekat yang di simpan tadi .Hidangkan.






Ahad, 25 Oktober 2015

Menu hari ini masih selera kampung

Kerabu taugeh campur kacang botol.

Ikan merah goreng

Singgang kacang bendi



Hidangan keseluruhannya..untuk hari ini.

Resepi untuk hidangan ini akan akak tulis kemudian yaĆ ..

Rabu, 21 Oktober 2015

Hidangan untuk hari ini

Hidangan paling mudah dan murah

 Sayur pedas labu air
 Ikan pekasan ikan terebuk sarawak
 
 Daging goreng kunyit
Terakhir yang paling akak suka...ikan rebus goring..
Alhamdulillah..semuga rezeki ini diberkati Allah.

Isnin, 19 Oktober 2015

Alhamdulillah.Akhirnya dah dapat juga cari , nak juling bijik mata cari blog sendiri.
Tu la blogg banyak sangat tapi satu pun tak terurus. Kalini kira jadilah
sebab sekarang makcik ni punya masa lapang punyalah panjang,
kes orang malas berkerja so.. berhenti ajelah. Tapi masih juga berkerja tapi unutk urusrumahtangga aje lah.

Ahad, 18 Oktober 2015

Susah betul bila guna sesuatu yg baru. Mula terasa
 menyesal. Tapi bila ingat pepatah alah bisa tegar biasa. Cuba ajelah dulu.Harap harap lepas ni boleh lah guna dengan sempurna.  Yang penting sabar.