Hidangan untuk kesihatan
Sayur campur goreng
2 biji peria kecil
1/2 biji lada benggala kuning
1/2 biji lobak merah -di mayang
5 ulas bawang merah - di mayang
3 ulas bawang putih- dimayang
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar udang kering
1 biji telor
1inci halia
1 sudu sambal merah
1 sudu besar minyak bijan
Minyak zaitun untuk mengoreng
Garam
Gula
Cara: masukkan minyak untuk menumis halia kemudian bawang puteh dan bawang merah yang telah di mayang hingga naik baunya, masukan sambal merah , masukan udang kering yang telah di tumbuk halus (rendam terlebih dahulu).masukan lobak merah sehingga agak lembut, kemudian masukan telor biarkan agak masak baru di kacau bersama bahanyang di goreng, masukan peria (yang telah di potong kemudian di rendam dengan air garam toskan)lada benggala, kemudian masukan perasa garam gula minyak bijan hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan