Ahad, 14 Februari 2016

Ayam bakar sedap dirumah bonda

Sebab semalam pergi rumah adik bungsu lelaki..dia orang hidang akak dan bonda dengan kambing bakar. Punya lah sedap hingga ketulang akak gigit. Tapi kasihan kat bonda , beliau tak beselera, walaupun adik akak dah siap buat ayam bakar.
Dan bila kat rumah. Bonda mula rasa nak makan , jadiakak pun sediakan selepas mendapat resepi dariadikakak tu.

Nah ini dia... sedikit aje akak buat, sebab pertama buat tapi sempat lah bagi kat kakak di belakang...

Ini yang sempat di ambil untuk di tayang.. yg lain tak sempat...hihihi




Resepi akan  di tambah kemudian lihat gambar dulu ya....
Resepi

12 ketul ayam
1 labu bawang besar
1 labu bawang putih
1 in halia
1 sudu teh serbuk kunyit
3 batang serai
1 sudu besar serbuk j8ntan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 keping manisan
1 1/2 sudu teh garam
3 sudu besar minyak zaiyun.

Cara
Blend semua bahan tersebut kecuali ayam,
Gaulkan kepada ayam dan masukkan minyak zaitun, dan perap semalaman.
Akhir nya bakar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan