Isnin, 15 Februari 2016

Bila kerajinan menjelma

Ayam Bakar bersama sos lada hitam

Sama dengan ayam bakar kat rumahbonda hari tu....
Cuma hari inimasak kag rumah cik abang.....





Semalam akak dah buat sedikit.. dalam 5 keping kepak.
Anak perempuan akak gemar sangat mungkin sebab sedikit kot.
Sebab kasihan katdia,  lepas aje solat magrib akak terus ke Tunas Manja gong bafak beli sayap dan paha  ayam, dan ini dia hasil perapan semalam.



Bahan untuk perapan akak rujuk kat google
Ini untuk perapan
7 keping sayap ayam
5 keping paha ayam
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos bbq knoor pedas
3 batang serai
1 sudu besar sebuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu  besar serbuk ketumbar
1 in halia
1 biji bawang besar
1 bungkus kuib ayam
I keping manisan..
3 sudu besar minyak zaitun
Blend semua bahan tadi kecuali ayam.
Kemudian perapkan pada ayam semalam dalam peti sejuk



Sedia untuk di bakar


Li

 Sos lada hitam

1 bawang besar di mayang halus
1 kuib ayam
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar gandum
1 xawan air

Caranya
Masukan majerin dan tumis bawang besar hingga layu.
Masukan tepung gandum biarkan sekejap, jangan sampai hangit, baru masukan air, kacau dan masukan sos lada hitam, kicap manis, sos tiram , kuib ayam
Biarkan hingga pekat masukkan masukan garam dan rasa..








Dan hidang ...makan..S3dap...
Ooo ..yang belum di bakar tu boleh di simpan kat tempat beku...ayam perapan ini makin lama di perap makin sedap ..
Cuabalah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan