Ahad, 4 September 2016

HIDANGAN IKAN ASAM PEDAS BERSAMA SAYUR CAMPUR


Hidangan untuk keluarga akak beberapa hari yang lalu simpel aje.
Berasaskan ikan dan sayur.
Sebenarnya seronok memasak ni, terutama kita masak makanan kegemaran kita dan untuk kita sendiri yang makan. Dan semestinya kita masak yang paling sedap dan berkhasiat.
Jangan hiraukan orang yang tak nak makan masakan kita. Diorang tak makan bermakna kita boleh makan dengan banyak dan kesedapan yang kita masak itu tak akan mereka rasai, mereka juga yang rugi kan.

Bila soal orang makan ke tak ke ni berpunca dari diri akak sendiri.
Sebab akak sebenarnya susah dalam memilih lauk atau kueh yang terhidang di restoran atau kedai makan. Walau banyak lauk pauk yang terhidang, alih alih akak akan pilih lauk yang paling simple masakannya ia itu .....ayam goreng..hahaha?
Sebabnya selera kita berlainan dan akak orang yang payah untuk mencuba ..Rugikan.. tu la..tapi nak buat macamana. Dah memang
gitu perangai akak...
Rugi..rugi  rugi.

Ok lah akak membelel.
Akak nak tunjukkan apa masakan yang akak sediakan untuk hari ini,

Ini dia........

IKAN SINGGANG ASAM PEDAS KELANTAN



Masakan ini memang masakan kegemaran akak.

Kegemaran bonda akak , ke tidak sukaan adik bungsu akak.. ayah su terr.
Bila berbicara tentang adik bungsu akak, semua masakan berasaskan air memang dia paling anti, yang paling dia suka  semua jenis kari, dulu masa kita orang belum khawin, bonda akak masakkan setiap hari guali berasaskan guali kari, hanya khas untuk adi, bungsu kami, sedangkan kami yang lain lebih berminat dengan masakan air..aduhai terkenangan masa dulu dulu pulak akak...Maaflah ya...😆😆😆😆😆


Ini resepinya ya.  

4 ekor ikan kembung - ikan lain pun ok
4 ulas bawang putih 
3 biji bawang merah
1 labu bawang besar
1 batang serai di ketuk
4 keping asam gelugur / keping
2 in kunyit hidup
3 in lengkuas
1 in halia
1 biji tomato
1 ikat daun kesum
Garam
Gula 
Ajinomota

Caranya
Blend kan bawang merah , bawang putih, halia, kunyit, lengkkuas. masukkan kedalam periuk yang berisi air. Air jangan banyak sangat dahulu ya. Masukkan juga asam keping, garam gula , serai dan ajinomoto jika suka .  Biarkan ia mengelegak dengan agak lama, agar rasa masam masim dan bahan tadi keluar. Masa ini biarlah rasa masim dan masam itu terlebih kerana detelah ikan masak baru kita tambah airnya .
Setelah itu kecilkan api masukkan ikan, daum kesum, tomato.
Biarkan ikan itu masak dengan api yang kecil. Kemudian tambahkan air secukupnya . Rasakan . Dan hidangkan. Bersama

SAYUR CAMPUR MELELIH




meleleh tu sebab sedap sangat. Akak buat lebih sayur ni, untuk akak ratah aje. Tak makan nasi pun tak apa. Tapi rugilah sebab ada lauk lain yang akak gandingkan bersamanya.

Tengok pun dah tahu sedap ke tidak ya..

Walaupun akak tahu semua orang dah tahu resepi ini, tapi takapalah akak sertakan jugak ya , manalah tahu resepi akak ni berlainan sikit dari yang lain kan.  ..lebih kurang aje sebenarnya.

Bahan.


5 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
6 ekor udang
1 kuib ayam
Bunga kubis,
Kubis biasa
Lobak merah
Lada merah
Lada hijau
 Sos
Garam dan gula



Caranya,
Tumis bawang putih dahulu sedikit kekuningan, baru masukkan bawang besar , goreng hingga lalu dan  naik bau.
Masukkan udang dan lobak merah, masukkan kuib ayam,  sos  dan sedikit air jika perlu. Kemudian masukkan semua sayuran , kecilkan api, masukkan garam dan gula secukupnya
Siap.


Silakan





Sempat jugak sekembong sekor ni tunjuk rajuknya.
Ialah salah akak , tak goreng bawang besar dengan lada sekali.
Alahai lah kembung, sekali sekala tak payahlah nak suruh bawang besar dan lada segar tu dok berdampingan selalukan. Boring jugak akak menengoknya..

🤓🤓🤓🤓🤓

DAPUR RUMAH BONDA SAMBUT MERDEKA DAN AIDILADHA


Kasihan melihat dapur bonda.  Langsirnya masih tidak sempurna, dan kebetulan bila balik kampung ada ruang lapang sedikit, tiba-tiba rajin pulak nak menghias dapur bonda.

Langsir dapur bonda ni langsir rumah lama bonda. Akak rasa ianya masih cantik, cuma kena ubah sedikit sahaja. Jadi inilah wajah baru dapur bonda.



                                                    DULU




                                                       SEKARANG




                                                         DULU




                                                 SEKARANG





Abaikan barangan yang berselerak tu ya.. 
Ini baru fasa 1 ,   insyaallah akan muncul fasa ke 2.

Alhamdulillah...  rasa minat menjahit ni sebenarnya tidak membazir.
Kalau sekadar untuk jahit jelujur ok lah ya

Camana.. cantik kan...
Alahai lah langsir..

Selasa, 23 Ogos 2016

POPIA BASAH YANG AMAT SEDAP

Bila kita dah berusia ini,tenaga dan  selera makan pun turut berubah dan kurang selera, kalau rasa nak makan pula , makanan yang di ingini tiada pulak kat kedai atau kat pasar.

Dah bebarapa minggu akak mengidam nak makan popia basah, cik abang dah cuba mencarinya kat kedai yang biasa menjualnya di kawasan batu rakit atau biasanya kat kedai my mom nasi lemak  dekat stadium gong badak, sekarang ni dah tak ada pulak.

Akhirnya...

Ini dia



Akhirnya buat sendiri ...
Alahai ...dah rasa nak makan
Alhamdulillah  kena pulak dengan selera akak
Rasanya resepi dari fb ni, betul betul seperti yang akak inginkan.




Maaflah bulutan nya tak berapa sempurna, maklumlah pertama kali buat popia ni, insya allah selepasnya bila nak makan akak nak baut saja, bukan susah pun. Sekejap aje, maklum lah kat sini kedai dekat aje.

RESEPI POPIA BASAH
Denaihati network

Bahan untuk inti*
●  1/2 biji kobis - diricih halus
●  3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
●  1 biji sederhana bawang besar
●  3 ulas bawang putih
●  1 sudu besar sos tiram
●  1 sudu makan udang kering
●  garam secukupnya

●  minyak untuk menumis
**Kisar bawang besar bawang putih, udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram dan garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal***
●  15 tangkai cili kering
●  1 biji bawang besar
●  5 ulas bawang putih
●  1 sudu besar gula perang
●  2 sudu besar kicap manis
●  minyak untuk menumis
●  garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang dan garam dan perasa.

Kulit popia , beli aje kat kedai, tak payah susah susah nak membuatnya,


Ini akak sertakan cara untuk membalutkanya..
Walaupun tak cantik di mata, tapi sedap di mulut 😁😁😁😁
Alahai...


Kulit popia yang telah di letak sambal dan sayur dan disertai bawang goreng untuk rasa rangup semasa menggigitnya. Itu yang menyebabkan rasa sedap  sangat tu.


Kasi lipat popia....lipat popia lipat

 Ini sambal


Ini sayuran yang telah siap di masak


Bahan yang telah siap di masak,





Silakan...

Selamat menjamu mata....alahai popia basahku

#takcantikdimatatapicantikdihati



Sabtu, 20 Ogos 2016

RENDANG AYAM MENGANCAM


Semalam akak masak pulut kuning tanpa teman karib nya si Rendang. Jadi hari ini akak masak lah temannya pulak. Pulut kuning yang semalam masih lagi boleh dimakan.
Walaupun ini kali pertama akak masak rendang ayam tapi akak suka sebab resepi yang akak ambil dari penulis Azie kichen    betul betul sedap. Cik abang memang gemar dengan masakan rendang ayam . Malah baru ini masa jamuan raya beberapa hari lalu cik abang akak siap tempah 4 ekor rendang ayam.
DAN...... cik abang puji rendang ayam akak ini lebih sedap dari yang dia tempah tempoh hari. Dan akak akui, rendang ayam ini lebih sedap. Bukan bangga diri tapi kenyataan.
Mungkin resepi ini lebih pawer lagi. Nak tahu ...cuba lah.


 Rendang ayam mengancam yang bersedia untuk di makan.



Aduhai   lah rendang.



Resepi
1 ekor ayam  - akak guna 2 dada ayam + 2 kepak ayam kampung
1 kilo santan  -   akak 300 gm
2 sb keridik -    1 sb
2 helai daun kunyit    -1 helai
Minyak untuk menumis
Garam
Gula merah
Asam keping

Bahan kisar
20 tangksi cili kering
2 lsbu bwang besar
6-8 ulas bawang putih
 2 in kunyit
4 btg serai
3 in halia
3 in lengkuad
2 biji buah keras



 Ini ayam bandar, ayam kampung masa ini sedang di rebus untuk melembutkannya, jadi tak ada gambarnya masa kejadian ini.
Maafkan hamba wahai si ayam kampung...


  Bahan untuk ditumis sedang berada di dalam kuali berisi minyak.
Goreng sehingga wangi dan pecah minyak.


Masukkan ayam, asam keping, gula perang, garam dan kerisik dan juga daun kunyit yang di hiris nipis. Masak sehingga ayam seakan kecut sedikit


Masukan santan

Gaul sebati. Dan masak sehingga kuahnya pekat. Ikut selera kitalah nak kuah banyak tutup api sebelum kuahnya kering. Akak suka rendang kuah pekat .



Rendang dah siap. Lihatlah kepak ayam kampung yang mula menunjukkan dirinya.



Silakan menjamu mata ya.
Emmm......sedap sangat.




Syukur alhamdulillah...  😆😆😆😆


Pulut kuning noxxa bersama ikan rebus tanpa rendang

Seronoknya masak bila ada periuk baru.
Asik nak masak aje, tapi yang nak makannya tiada.
Tapi tak kesah lah,  yang penting akak nak masak juga.
Tak ada orang makan tak apa, kakak ada.
Kakak masak,  kakak makan.
Sebab masakan ini akak yang nak makan.

Cik abang dan anak anak dah makan dah.
Cik abang ada jemputan tahlil, anak anak pulak, yang seorang makan tempat kerja, si bungsu pulak dah kenyang dengan makanan kegemarannya.


Ini dia makanan kegemaran akak

PULUT KUNING.

Kasihan si pulut ni, tiada rendang yang menemaninya.
Kasihan pulak akak tengok. Tak apa lah si pulut ini teman anda ya.


Ha kan dah berteman, walaupun nampak hitam, tapi rasanya sedap tau.  Semuakan tahu, bila ikan rebus kelantan di goreng.  ianya akan bertukar gelap , walaupun semasa dalam periuk ianya putih melepak.
Tak percaya...?

Alahai..
Ala tak kesahlah, yang penting akak suka gandingan si hitam dan si kuning, lemak manis ..sedap di sebut dan sedap di mulut.

Resepi.

Bahannya
2 cawan pulut direndam dengan kunyit debu 30 minit.
Santan pekat 1 cawan.
1 helai daun pandan
Secubit garam

Cara.
Toskan beras pulut dan masukkan kedalam periuk noxxa.
Tambahkan air sama aras beras.
Tekan hp selama 6 minit. On.
Bila dan berbunyi keluarkan wapnya. Hingga selesai.
Buka masukan daun pandan dan santan yang telah di campurkan secubit garam kedalam pulut, gaulkan.
Tutup periuk kembali.  tekan warm. Biarkan 3 minit.
Tekan off. Siap. Senang dan cepat.


Silakan , makan begitu saja pun sedap.
Tak cantik tak apa asalkan berkhasiat.
Tak perlu makeup, cantik asli.

Alahai ..pulut kuningku....

Jumaat, 19 Ogos 2016

Majlis hariraya jemaah As Salam Batu Rakit Terengganu

Suasana meriah di perkarangan masjid As Salam Batu Rakit, kuala Terengganu pada 13 ogos 2016





Antara juadah yang disediakan


Cik abang akak terr
Akak tak ada dalam gambar...
Sebab tukang ambik gambar...hihihi












Pegawai  agama kuala terengganu pun hadir
Terima kasih di atas kehadiran tuan dan puan

Anak teruna sulung akak  yang kebetulan balik untuk urusan perkahwinannya.. rezeki ya bang. ( Panggilan manja... abang)


Peria Goreng ranggup


Peria goreng rangup dan sedap



Peria goreng yang sedia untuk di ngaap.  hihihi


Sedap rupanya peria ni bila di goreng
Rasa lemak dan pahit pahit  manja kata penyumbang resepi di fb.
Terima kasih sangat sangat kepada penyumbang resepi ini.

Akak tak dapat nak copypaste resepinya kerana akak menulis blok ni menggunakan telepon aje,  apa pun bolehkan...

Resepi yang akak ubah sikit...

2 biji peria katak3
2 sdm tepong gandum
2 sdm tepong beras
1 sdm serbuk kari
I kuib ayam  - akak guna separuh aje
Garam
Air


Caranya
Peria di hiris nipis  dan toskan
Campurkan kesemua bahan tadi kecuali peria, jadikan sedikit pekat
Panaskan periok dengan minyak yang agak banyak dan goreng hingga garing, tos dan hidangkan





 Semuanya telah di masukkan kedalam mangkuk







Ini dia...alahai..