Sabtu, 20 Ogos 2016

RENDANG AYAM MENGANCAM


Semalam akak masak pulut kuning tanpa teman karib nya si Rendang. Jadi hari ini akak masak lah temannya pulak. Pulut kuning yang semalam masih lagi boleh dimakan.
Walaupun ini kali pertama akak masak rendang ayam tapi akak suka sebab resepi yang akak ambil dari penulis Azie kichen    betul betul sedap. Cik abang memang gemar dengan masakan rendang ayam . Malah baru ini masa jamuan raya beberapa hari lalu cik abang akak siap tempah 4 ekor rendang ayam.
DAN...... cik abang puji rendang ayam akak ini lebih sedap dari yang dia tempah tempoh hari. Dan akak akui, rendang ayam ini lebih sedap. Bukan bangga diri tapi kenyataan.
Mungkin resepi ini lebih pawer lagi. Nak tahu ...cuba lah.


 Rendang ayam mengancam yang bersedia untuk di makan.



Aduhai   lah rendang.



Resepi
1 ekor ayam  - akak guna 2 dada ayam + 2 kepak ayam kampung
1 kilo santan  -   akak 300 gm
2 sb keridik -    1 sb
2 helai daun kunyit    -1 helai
Minyak untuk menumis
Garam
Gula merah
Asam keping

Bahan kisar
20 tangksi cili kering
2 lsbu bwang besar
6-8 ulas bawang putih
 2 in kunyit
4 btg serai
3 in halia
3 in lengkuad
2 biji buah keras



 Ini ayam bandar, ayam kampung masa ini sedang di rebus untuk melembutkannya, jadi tak ada gambarnya masa kejadian ini.
Maafkan hamba wahai si ayam kampung...


  Bahan untuk ditumis sedang berada di dalam kuali berisi minyak.
Goreng sehingga wangi dan pecah minyak.


Masukkan ayam, asam keping, gula perang, garam dan kerisik dan juga daun kunyit yang di hiris nipis. Masak sehingga ayam seakan kecut sedikit


Masukan santan

Gaul sebati. Dan masak sehingga kuahnya pekat. Ikut selera kitalah nak kuah banyak tutup api sebelum kuahnya kering. Akak suka rendang kuah pekat .



Rendang dah siap. Lihatlah kepak ayam kampung yang mula menunjukkan dirinya.



Silakan menjamu mata ya.
Emmm......sedap sangat.




Syukur alhamdulillah...  ðŸ˜†ðŸ˜†ðŸ˜†ðŸ˜†


Tiada ulasan:

Catat Ulasan