Sabtu, 20 Ogos 2016

Pulut kuning noxxa bersama ikan rebus tanpa rendang

Seronoknya masak bila ada periuk baru.
Asik nak masak aje, tapi yang nak makannya tiada.
Tapi tak kesah lah,  yang penting akak nak masak juga.
Tak ada orang makan tak apa, kakak ada.
Kakak masak,  kakak makan.
Sebab masakan ini akak yang nak makan.

Cik abang dan anak anak dah makan dah.
Cik abang ada jemputan tahlil, anak anak pulak, yang seorang makan tempat kerja, si bungsu pulak dah kenyang dengan makanan kegemarannya.


Ini dia makanan kegemaran akak

PULUT KUNING.

Kasihan si pulut ni, tiada rendang yang menemaninya.
Kasihan pulak akak tengok. Tak apa lah si pulut ini teman anda ya.


Ha kan dah berteman, walaupun nampak hitam, tapi rasanya sedap tau.  Semuakan tahu, bila ikan rebus kelantan di goreng.  ianya akan bertukar gelap , walaupun semasa dalam periuk ianya putih melepak.
Tak percaya...?

Alahai..
Ala tak kesahlah, yang penting akak suka gandingan si hitam dan si kuning, lemak manis ..sedap di sebut dan sedap di mulut.

Resepi.

Bahannya
2 cawan pulut direndam dengan kunyit debu 30 minit.
Santan pekat 1 cawan.
1 helai daun pandan
Secubit garam

Cara.
Toskan beras pulut dan masukkan kedalam periuk noxxa.
Tambahkan air sama aras beras.
Tekan hp selama 6 minit. On.
Bila dan berbunyi keluarkan wapnya. Hingga selesai.
Buka masukan daun pandan dan santan yang telah di campurkan secubit garam kedalam pulut, gaulkan.
Tutup periuk kembali.  tekan warm. Biarkan 3 minit.
Tekan off. Siap. Senang dan cepat.


Silakan , makan begitu saja pun sedap.
Tak cantik tak apa asalkan berkhasiat.
Tak perlu makeup, cantik asli.

Alahai ..pulut kuningku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan