Penuh debaran sebab pertama kali guna.
Alhamdulillah menjadi walupun berdebar.
Daging lembu dekat tulang begitu lembut dan berperisa singgang 😆😆
Masukan semua bahan A... senang sangat
Setelah tamat time dia, buka masukkan bahan B
Nah ini dia hasilnya....
Kebimbingan dan kejadian semasa menggunakan periuk ini.
Kenapa lah time dia x bergerak gerak. Asik tunjuk angka 20 aje
Rupanya timer dia akan berubah stelah masakan telah panas dan menggeluarkan wap...hahaha
Kebimbangan tahap gaban... bila periuk telah di buka tudungnya, bila siap untuk kita masukan bahan terakhir dan nak masak pulak tapi tudung tak dapat di tutup...haru betul.
Mujur teringat kat adik yg telah lama guna periuk ini.
Katanya kena tekan kuat sikit dan pusing.
Hahaha... alhamdulillah... berjaya.
Alahai.... sedapnya singgang daging bila guna periuk baru.
Alahai......
Resepi pulak tertinggal
Bahan A
1 kilo ekor lembu
6 ulas bawang putih - mayang
6 ulas bawang merah- mayang
3inci halia - mayang
4 in lengkuas - potong kecil
6 keping asam keping
2 sudu makan garam
Gula
Serbuk perasa secubit
Bahan B.. di masukan setelah ekor lembu empuk
8 biji lada kering, di potong serung
1 biji bawang besar di potong lapan
1 sdm ketumbar - di goreng tanpa minyak
1 sdm lada hitam - sama
Caranya
Masukkan semua bahan A kedalam periuk bersama air sehingga tenggelam ekor lembu. periuk apa pun ok. Akak guna periuk baru ni hanya tekan masa 20 minit dan tunggu dia berbunyi tanda dah masak
Kalau periuk biasa tunggu sehingga daging empuk.
Kemudia masukkan bahan B. Masak sekejap, akak Tekan 4 minit kemudian rasakan masam masim manisnya
Akhirnya hidangkan.
Ini resepi dari akak sendiri cuba lah buat sebab anda akan merasa singgang tulang ke, daging ke yang berlainan dari yg lain.
Cukup enak, sedap untuk di hirup begitu sajaaaaa.
Cik abang dan anak anak semua puji sedap
Hati ada taman....💖💖
Alahai....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan