Selasa, 23 Ogos 2016

POPIA BASAH YANG AMAT SEDAP

Bila kita dah berusia ini,tenaga dan  selera makan pun turut berubah dan kurang selera, kalau rasa nak makan pula , makanan yang di ingini tiada pulak kat kedai atau kat pasar.

Dah bebarapa minggu akak mengidam nak makan popia basah, cik abang dah cuba mencarinya kat kedai yang biasa menjualnya di kawasan batu rakit atau biasanya kat kedai my mom nasi lemak  dekat stadium gong badak, sekarang ni dah tak ada pulak.

Akhirnya...

Ini dia



Akhirnya buat sendiri ...
Alahai ...dah rasa nak makan
Alhamdulillah  kena pulak dengan selera akak
Rasanya resepi dari fb ni, betul betul seperti yang akak inginkan.




Maaflah bulutan nya tak berapa sempurna, maklumlah pertama kali buat popia ni, insya allah selepasnya bila nak makan akak nak baut saja, bukan susah pun. Sekejap aje, maklum lah kat sini kedai dekat aje.

RESEPI POPIA BASAH
Denaihati network

Bahan untuk inti*
●  1/2 biji kobis - diricih halus
●  3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
●  1 biji sederhana bawang besar
●  3 ulas bawang putih
●  1 sudu besar sos tiram
●  1 sudu makan udang kering
●  garam secukupnya

●  minyak untuk menumis
**Kisar bawang besar bawang putih, udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram dan garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal***
●  15 tangkai cili kering
●  1 biji bawang besar
●  5 ulas bawang putih
●  1 sudu besar gula perang
●  2 sudu besar kicap manis
●  minyak untuk menumis
●  garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang dan garam dan perasa.

Kulit popia , beli aje kat kedai, tak payah susah susah nak membuatnya,


Ini akak sertakan cara untuk membalutkanya..
Walaupun tak cantik di mata, tapi sedap di mulut 😁😁😁😁
Alahai...


Kulit popia yang telah di letak sambal dan sayur dan disertai bawang goreng untuk rasa rangup semasa menggigitnya. Itu yang menyebabkan rasa sedap  sangat tu.


Kasi lipat popia....lipat popia lipat

 Ini sambal


Ini sayuran yang telah siap di masak


Bahan yang telah siap di masak,





Silakan...

Selamat menjamu mata....alahai popia basahku

#takcantikdimatatapicantikdihati



Tiada ulasan:

Catat Ulasan