Ahad, 22 Januari 2017

KUE TIAU GORENG KERING YANG S3DAP


Pernah tak bila pergi makan kat kedai, kita pesan kue tiau goreng kering tapi bila sampai pesanan dia orang bawa Kue tiau goreng kering yang telah jadi basah dan berkuah.
Akak selalu aje kecewa bila pesan kue tiau jenis ini. Tak pernah menepati citarasa akak. 
Dan ni akak ajar cara membuat kue tiau goreng kering  yang betul kering tau....




Keringkan.. tak basah kan, tak berkuah kan , kan, kan

Bahan dan caranya ikut gambar ya..



4 biji bawang merah
10 biji cili kering
1 labu bawang putih
1 biji bawang besar
1 pokok sawi putih

1 sudu makan, setiap sos cili, kicap lemak manis dan sos tiram
1/2 sudu teh minyak bijan. Tak ada dalam gambar secubit garam, 1 sudu besar lada hitam, secubit pak aji.



Ayam  tampa udang, tampa sotong, sebab cik abang sakit gigi tadi. Kalau tak sotong dan udang tak pernah tak hadir dalam masakkan akak.



I bungkus kue tiau

Cara untuk memasak Ya. Lihat betul betul gambar kat bawah ya..


4 sudu besar minyak zaitun. Minyak apa apa pon ok, asal minyak masak , bukan minyak petrol tau.




Bila minyak panas masukan ayam yang telah siap di potong dan di basuh bersih.  Masak ayam angkat dan biarkan ayam itu kat tepi .


Goreng bawang putih yang telah di tumbak kasar, gunakan minyak yang sama goreng ayam tadi.


Masukkan bawang merah yang di hiris kecil.


Masukkan cili kering yang telah di rebus dan blend. Masak hingga garing.

Masukkan ayam yang telah kita goreng tadi ya. Tadi tumisan dah garing tapi sebab tinggal pergi jawap telepon tumis hampir hangit, cepat cepat akak tambah air sikit, tu nampak berair sikit.


Masukkan kicap, sos cili, sos tiram dan minyak bijian,  garam, gula dan serbuk lada hitam berserta perasa pak aji. ( pak aji kalau tak suka tak payah masuk)  goreng seketika untuk keringkan sedikit bahan sos tadi. Dan masukkan telor, kacau lagi hingga agak kering.


Nah dekat nak boleh makan dah ni, sabar ya. Masukkan kue tiau yang kita leraikan terlebih dahulu.


Begini lah jadinya setelah di kacau seketika.


Masukkan sayur

Ok dah siap.
Ambik mangkuk ya. Angkat dahulu jangan makan terus dalam kuali tu. Tak elok lah sangat walaupun nak cuba . Cuba tu guna piring pun dah ok, jangan guna mangkuk yang kita nak hidang pulak. Tambahlah apa yang patut ya...




Nah ini dia, keringkan
Tak basahkan seperti yang akak bagitau.



Inilah kue tiau goreng kering yang akak cakap tu, akak tambah daun sup sikit, terjumpa dalam peti sejuk. Hihihi

Terakhir



Ini pendamping kegemaran cik suami akak, kicap tambah bersama cili.
Cili pun 3 biji aje ,yalah itu aje yang ada kat pokok, nak buat macamana,  akak ambik kat kebun di belakang rumah. 
Silalah ya.. 
Alahai ....sila lihat, buat dan rasa,  insyaallah sedap.




KUEH BUNGA SENANG BUAT SENANG MAKAN


Inilah kueh bunga.
Cantik kan , lembut aje...









pertama kali buat kueh bunga ini.
Cik abang paling suka kat kueh yang paling comel dan mudah makan dan buat ini,  kalau bulan puasa setiap hari dia akan beli dan kerna itu akak cuba buat kan untuk dia. Namun yang teruja makan, akak sendiri . Nanti bulan puasa ni tak perlu beli lagikan. Nanti isteri  sejati ni yang akan buat untuk cik suaminya kan..alahai.

Kueh ini lembut bila di kunyah dan tidak manis, sebab akak tak letak gula putih, tapi gula perang dan akhir cik abang cadang letak madu. Memang terbaik lah kueh bunga di siram madu asli ni.

Bahannya

2 cawan tepong pulut
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan air
1 biji telor
Madu

Cara membuatnya


Masukan tepong pulut bersama garam dan di tambah air sedikit sedikit
Sehingga menjadi doh yang boleh di bentuk seperti buah melaka dan di tekan tengah sedikit seperti gambar di bawah.
Maaf akak tak sempat ambik gambar semasa mengaul doh tersebut.





Sebiji telor di kacau sedikit.



Panaskan kuali dengan minyak makan yang banyak untuk mengoreng kueh bunga.




Doh kueh bunga di celop dengan telor dan bila minyak telah panas masukkan doh kueh tersebut




Angkat dan toskan kueh untuk hilangkan minyak.



Traa...     inilah kueh bunga yang sudah siap.



Tiba tiba rasa lapar tengok kueh bunga ini.

Akak ubah sedikit resepi ini dengan menambahkan sedikit garam, kerna kebiasaanya kueh bunga ini di tabur dengan gula sebab isinya rasa kosong, tapi kerna akak tak hendak guna gula akak tambahkan rasa sedikit masim..sedikit aje tau..
Tapi hasilnya...  sekejap aje kueh bunga ini hilang pada pandangan mata akak..


Hilang di makan oleh cik suami setelah di titis madu asli.

Sedap sangat  cubalah...
Senang buat senang makan.. itulah kueh bunga..
Alahai....


Jumaat, 20 Januari 2017

PETUA , MACAMANA NAK TAHU TUMISAN KITA DAH BETUL MASAK


Macamana ya?... jangan risau, akak bagi petuanya.

Sebenarnya, untuk mendapat masakan yang sedap dan rasa yang istemewa terutamanya masakan yang bertumis, tumisan yang dibuat mestilah tumisan yang betul-betul masak @ garing.

Itulah petuanya.

Mungkin pernah kita memasak tumisan tapi rasanya pahit dan tidak sedap , mungkin salah satunya tumisan kita tidak sempurna masak
Atau tumisan kita terlalu garing atau hangit
Terutama bahan tumisan kita, kita blend, bukan hirisan.


Ok ..meh akak bagitahu.
Jom lihat gambar ya.
Lebih senang berpandukan gambar dari bicara yang berterabur
yang tak menepati kehendak akak, hihihi


 Ini tumisan yang baru di goreng


Tumisan sudah agak garing


Bila warna nya berwarna coklat bermakna tumisan kita dah masak. Dan kalau warnanya dah bertukar hitam bermakna tumisannya bolehlah di buang.....dah hangitlah tu dik  Oiii



Ini tumisan akak dah siap


Mak oii...seperiok saiz 26 in.
Ini tumisan yang akak selalu sediakan untuk simpanan.
Sebenarnya tumisan yang baik bila letak kat dalam peti sejuk di tempat beku, ianya tidak beku sangat, jika keras macam air batu, bermakna tumisan itu masih ada air atau pun bawang terlalu banyak dan minyak tidak padan dengan kandungan bawang.
Tumisan yang baik ialah tumisan bila kita keluar dari peti sejuk, tumisan kita akan cair dengan lembut.
Maksud akak, tidak ada ketulan ais, tapi lembut saja.