Selasa, 23 Ogos 2016

POPIA BASAH YANG AMAT SEDAP

Bila kita dah berusia ini,tenaga dan  selera makan pun turut berubah dan kurang selera, kalau rasa nak makan pula , makanan yang di ingini tiada pulak kat kedai atau kat pasar.

Dah bebarapa minggu akak mengidam nak makan popia basah, cik abang dah cuba mencarinya kat kedai yang biasa menjualnya di kawasan batu rakit atau biasanya kat kedai my mom nasi lemak  dekat stadium gong badak, sekarang ni dah tak ada pulak.

Akhirnya...

Ini dia



Akhirnya buat sendiri ...
Alahai ...dah rasa nak makan
Alhamdulillah  kena pulak dengan selera akak
Rasanya resepi dari fb ni, betul betul seperti yang akak inginkan.




Maaflah bulutan nya tak berapa sempurna, maklumlah pertama kali buat popia ni, insya allah selepasnya bila nak makan akak nak baut saja, bukan susah pun. Sekejap aje, maklum lah kat sini kedai dekat aje.

RESEPI POPIA BASAH
Denaihati network

Bahan untuk inti*
●  1/2 biji kobis - diricih halus
●  3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
●  1 biji sederhana bawang besar
●  3 ulas bawang putih
●  1 sudu besar sos tiram
●  1 sudu makan udang kering
●  garam secukupnya

●  minyak untuk menumis
**Kisar bawang besar bawang putih, udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram dan garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal***
●  15 tangkai cili kering
●  1 biji bawang besar
●  5 ulas bawang putih
●  1 sudu besar gula perang
●  2 sudu besar kicap manis
●  minyak untuk menumis
●  garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang dan garam dan perasa.

Kulit popia , beli aje kat kedai, tak payah susah susah nak membuatnya,


Ini akak sertakan cara untuk membalutkanya..
Walaupun tak cantik di mata, tapi sedap di mulut 😁😁😁😁
Alahai...


Kulit popia yang telah di letak sambal dan sayur dan disertai bawang goreng untuk rasa rangup semasa menggigitnya. Itu yang menyebabkan rasa sedap  sangat tu.


Kasi lipat popia....lipat popia lipat

 Ini sambal


Ini sayuran yang telah siap di masak


Bahan yang telah siap di masak,





Silakan...

Selamat menjamu mata....alahai popia basahku

#takcantikdimatatapicantikdihati



Sabtu, 20 Ogos 2016

RENDANG AYAM MENGANCAM


Semalam akak masak pulut kuning tanpa teman karib nya si Rendang. Jadi hari ini akak masak lah temannya pulak. Pulut kuning yang semalam masih lagi boleh dimakan.
Walaupun ini kali pertama akak masak rendang ayam tapi akak suka sebab resepi yang akak ambil dari penulis Azie kichen    betul betul sedap. Cik abang memang gemar dengan masakan rendang ayam . Malah baru ini masa jamuan raya beberapa hari lalu cik abang akak siap tempah 4 ekor rendang ayam.
DAN...... cik abang puji rendang ayam akak ini lebih sedap dari yang dia tempah tempoh hari. Dan akak akui, rendang ayam ini lebih sedap. Bukan bangga diri tapi kenyataan.
Mungkin resepi ini lebih pawer lagi. Nak tahu ...cuba lah.


 Rendang ayam mengancam yang bersedia untuk di makan.



Aduhai   lah rendang.



Resepi
1 ekor ayam  - akak guna 2 dada ayam + 2 kepak ayam kampung
1 kilo santan  -   akak 300 gm
2 sb keridik -    1 sb
2 helai daun kunyit    -1 helai
Minyak untuk menumis
Garam
Gula merah
Asam keping

Bahan kisar
20 tangksi cili kering
2 lsbu bwang besar
6-8 ulas bawang putih
 2 in kunyit
4 btg serai
3 in halia
3 in lengkuad
2 biji buah keras



 Ini ayam bandar, ayam kampung masa ini sedang di rebus untuk melembutkannya, jadi tak ada gambarnya masa kejadian ini.
Maafkan hamba wahai si ayam kampung...


  Bahan untuk ditumis sedang berada di dalam kuali berisi minyak.
Goreng sehingga wangi dan pecah minyak.


Masukkan ayam, asam keping, gula perang, garam dan kerisik dan juga daun kunyit yang di hiris nipis. Masak sehingga ayam seakan kecut sedikit


Masukan santan

Gaul sebati. Dan masak sehingga kuahnya pekat. Ikut selera kitalah nak kuah banyak tutup api sebelum kuahnya kering. Akak suka rendang kuah pekat .



Rendang dah siap. Lihatlah kepak ayam kampung yang mula menunjukkan dirinya.



Silakan menjamu mata ya.
Emmm......sedap sangat.




Syukur alhamdulillah...  😆😆😆😆


Pulut kuning noxxa bersama ikan rebus tanpa rendang

Seronoknya masak bila ada periuk baru.
Asik nak masak aje, tapi yang nak makannya tiada.
Tapi tak kesah lah,  yang penting akak nak masak juga.
Tak ada orang makan tak apa, kakak ada.
Kakak masak,  kakak makan.
Sebab masakan ini akak yang nak makan.

Cik abang dan anak anak dah makan dah.
Cik abang ada jemputan tahlil, anak anak pulak, yang seorang makan tempat kerja, si bungsu pulak dah kenyang dengan makanan kegemarannya.


Ini dia makanan kegemaran akak

PULUT KUNING.

Kasihan si pulut ni, tiada rendang yang menemaninya.
Kasihan pulak akak tengok. Tak apa lah si pulut ini teman anda ya.


Ha kan dah berteman, walaupun nampak hitam, tapi rasanya sedap tau.  Semuakan tahu, bila ikan rebus kelantan di goreng.  ianya akan bertukar gelap , walaupun semasa dalam periuk ianya putih melepak.
Tak percaya...?

Alahai..
Ala tak kesahlah, yang penting akak suka gandingan si hitam dan si kuning, lemak manis ..sedap di sebut dan sedap di mulut.

Resepi.

Bahannya
2 cawan pulut direndam dengan kunyit debu 30 minit.
Santan pekat 1 cawan.
1 helai daun pandan
Secubit garam

Cara.
Toskan beras pulut dan masukkan kedalam periuk noxxa.
Tambahkan air sama aras beras.
Tekan hp selama 6 minit. On.
Bila dan berbunyi keluarkan wapnya. Hingga selesai.
Buka masukan daun pandan dan santan yang telah di campurkan secubit garam kedalam pulut, gaulkan.
Tutup periuk kembali.  tekan warm. Biarkan 3 minit.
Tekan off. Siap. Senang dan cepat.


Silakan , makan begitu saja pun sedap.
Tak cantik tak apa asalkan berkhasiat.
Tak perlu makeup, cantik asli.

Alahai ..pulut kuningku....

Jumaat, 19 Ogos 2016

Majlis hariraya jemaah As Salam Batu Rakit Terengganu

Suasana meriah di perkarangan masjid As Salam Batu Rakit, kuala Terengganu pada 13 ogos 2016





Antara juadah yang disediakan


Cik abang akak terr
Akak tak ada dalam gambar...
Sebab tukang ambik gambar...hihihi












Pegawai  agama kuala terengganu pun hadir
Terima kasih di atas kehadiran tuan dan puan

Anak teruna sulung akak  yang kebetulan balik untuk urusan perkahwinannya.. rezeki ya bang. ( Panggilan manja... abang)


Peria Goreng ranggup


Peria goreng rangup dan sedap



Peria goreng yang sedia untuk di ngaap.  hihihi


Sedap rupanya peria ni bila di goreng
Rasa lemak dan pahit pahit  manja kata penyumbang resepi di fb.
Terima kasih sangat sangat kepada penyumbang resepi ini.

Akak tak dapat nak copypaste resepinya kerana akak menulis blok ni menggunakan telepon aje,  apa pun bolehkan...

Resepi yang akak ubah sikit...

2 biji peria katak3
2 sdm tepong gandum
2 sdm tepong beras
1 sdm serbuk kari
I kuib ayam  - akak guna separuh aje
Garam
Air


Caranya
Peria di hiris nipis  dan toskan
Campurkan kesemua bahan tadi kecuali peria, jadikan sedikit pekat
Panaskan periok dengan minyak yang agak banyak dan goreng hingga garing, tos dan hidangkan





 Semuanya telah di masukkan kedalam mangkuk







Ini dia...alahai..

Singgang tulang dengan periuk noxxa

Pertama kali guna periuk ini
Penuh debaran sebab pertama kali guna.
Alhamdulillah menjadi walupun berdebar.


Daging lembu dekat tulang begitu lembut dan berperisa singgang 😆😆



Masukan semua bahan A... senang sangat

Setelah tamat time dia, buka masukkan bahan B

Nah ini dia hasilnya....






Kebimbingan dan kejadian semasa menggunakan periuk ini.

Kenapa lah time dia x bergerak gerak. Asik tunjuk angka 20 aje
Rupanya timer dia akan berubah stelah masakan telah panas dan menggeluarkan wap...hahaha

Kebimbangan tahap gaban... bila periuk telah di buka tudungnya, bila siap untuk kita masukan bahan terakhir dan nak masak pulak tapi tudung tak dapat di tutup...haru betul.
Mujur teringat kat adik yg telah lama guna periuk ini.
Katanya kena tekan kuat sikit dan pusing.
Hahaha... alhamdulillah... berjaya.

Alahai.... sedapnya singgang daging bila guna periuk baru.

Alahai......

Resepi pulak tertinggal

Bahan A
1 kilo ekor lembu
6 ulas bawang putih - mayang
6 ulas bawang merah- mayang
3inci halia - mayang
4 in lengkuas - potong kecil
6 keping asam keping
2 sudu makan garam
Gula
Serbuk perasa secubit

Bahan B.. di masukan setelah ekor lembu empuk

8 biji lada kering, di potong serung
1 biji bawang besar di potong lapan
1 sdm ketumbar  - di goreng tanpa minyak
1 sdm lada hitam -      sama


Caranya
Masukkan semua bahan A kedalam periuk bersama air sehingga tenggelam ekor lembu.  periuk apa pun ok. Akak guna periuk baru ni hanya tekan masa 20 minit dan tunggu dia berbunyi tanda dah masak
Kalau periuk biasa tunggu sehingga daging empuk.
Kemudia   masukkan bahan B.  Masak sekejap, akak Tekan 4 minit kemudian rasakan masam masim manisnya
Akhirnya  hidangkan.

Ini resepi dari akak sendiri cuba lah buat sebab anda akan merasa singgang tulang ke, daging ke yang berlainan dari yg lain.
Cukup enak, sedap untuk di hirup begitu sajaaaaa.

Cik abang dan anak anak  semua puji sedap
Hati ada taman....💖💖

Alahai....