Ahad, 16 April 2017

HIDANGAN NASI TOMATO YANG LENGKAP



Hari  ini tekak  akak   tiba tiba terasa nak makan  nasi tomato. 
Dah lama  rasanya akak tak masak nasi tomato.  Rasanya yang terakhir  masukkan Hari Raya puasa lepas.  Ini dah bulan rejab Lagi 3 bulan nak sampai syawal. 
Emma.. OK hari ini akak nak masak nasi tomato.  OK Jadi. 
Alhamdulillah,  semua bahan Ada.  
Jom masak.



Nasi 🍅 
Untuk 4 orang makan ajelah. 


Bahan-bahan  
2 cawan beras basmathi rendam selama 20minit dan toskan
 2 cawan air 
1/2 cawan susu cair
5 sudu besar minyak masak 
3 sudu besar SOS tomato 
1 biji tomato  di blend dengan  1/2 cawan air

Bahan untuk menumis
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang 
2 biji buah pelaga 
 1 batang kulit kayu manis  
1/2 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 helai daun pandan - di simpul
1/2 sudu teh garam 
1/2 cawan.  
Cara memasak :

1. Cairkan  masak diatas api yang sederhana dan tumiskan 4 sekawan , cengkih, kulit kayu manis,buah pegaga dan bunga  lawang .

2. Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga naik bau wangi nya. 

3. Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit.

4. Seterusnya masukkan air, susu cair,  SOS tomato, simpulan daun pandan dan garam .

5. Pindahkan periuk ke dalam periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa.

6. Bila hampir  kering masukkan kismis. 

Sediakan untuk di hidang. 

* akak tak guna minyak sapi,  bukan  apa nak jaga badan.  Al maklum usia  dah setengah abad.




AYAM MASAK MERAH


Bahan perapan ayam


4 ketul paha  ayam 
1 sudu teh gula melaka
2 sudu  besar garam

Bahan untuk tumisan 


5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
 2 cm halia
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu  teh secukup rasa Maggi
1/ 2 batang  lobak  merah 
3 biji  cili  hijau 
1 cawan air 
Cara memasak 
Sedikit  pak aji 

1. Gaul ayam bersama garam dan secukup rasa. Goreng hingga 3/4 masak dan tos, ketepikan
2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan  yang di hiris hingga berbau wangi.
3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan gula melaka dan ayam yang telah digoreng tadi bersama 1 cawan air , lobak merah yang siap  di  potong   dan kacau. Rendihkan hingga kuah sedikit pekat baru masukkan cili hijau dan matikan api .









DALCA AYAM


Resepi nya sama dengan Dalca Campur melelih .

Cuma  namanya saja yang berbeza. 😆😆😆😆😆






ACAR Timun 

2 sudu besar  gula 
3 sudu besar cuka  applehi
1/2 sudu  kecil garam
1/2 Labu bawang  besar di hiris
1/2  batang lobak merah  di hiris 
1/2 biji Lada merah di hiris. 

Cara


Satu kan gula,  garam dan cuka kedalam mangkok Dan kacau sehingga kesemuanya larutan. 
Masukkan bawang  besar , lobak merah  dan  Cili  merah gaul kan seketika Dan terakhir  baru di masukkan Timun.  Kacau seketika . Bolehlah di hidangkan. Kalau betul  sukatan anda,  tak perlu lagi di cuba  Cari tersebut.  Semuanya dah sempurna.  Insyaallah.  




Inilah hidangan lengkap nasi 🍅 akak. 

Insyaallah..puas hati.

Selamat mencuba  Dan Selamat  merasa.
Alahai.... Lah nasi tomato. 

Sabtu, 15 April 2017

GULAI KUNING ikan muduk



Gulai  ikan memang kegemaran akak dan peminat tegar  my cik abang. Asal Gulai  ikan memang bertambahlah dia makan.
Anak anak pulak yang masih  tinggal dengan kami keduanya tak berapa suka dengan guali ikan.   Anak perempuan  no. 4 memang tak suka langsung  .  Kalau dia makan nasi  kicap  adalah kuah beliau.  Yang bungsu pulak makanlah juga,  tapi ambik kuah  ajelah,  ikan hanya  sebagai  hiasan penyeri  hidangan.

Hari  in cik abang minta nak makan Gulai Kuning ikan.
Dah lama tak makan  Gulai Kuning katanya.
Sebenarnya  akak kurang masak Gulai kuning  ini,  sebabnya tiap pagi  kalau makan pagi kat  kedai  , Gulai kuning ikan ini yang beliau  minta,  Jadi bila  masak  kat rumah akak akan masak Gulai ikan kemerahan yang menggunakan cili merah untuk menghilang rasa kemudian. Tak kan pagi makan Gulai Kuning ikan,  tengahari pun makan Gulai Kuning ikan juga kan,  kan,  kan..  😄😄😄😄





Resepi Gulai Kuning Ikan Muduk. 

2 biji kepala ikan muduk/ apa apa ikan pun OK. 
5 ulus bawang merah #
2 ulus bawang  putih #
8 biji  cili api #
3 biji cili hijau.    -  (Di gunakan sebagai penyedap
 makanan Dan hiasan )
2 keping asam  keping 
1/2 in kunyit hidup #
1 sudu  kunyit  giling #
250 gram santan  pekat
2 cawan air
1 sudu besar garam bukit
1 sudu teh gula

Caranya.

Blend semua bahan yang bertanda  #  dan  terkecuali  juga asam keping Dan kepala ikan... 😂😂😂😂
Masukkan  kedalam periok bersama santan dan air masak hingga  mendidih yang agak lama sehingga pecah minyak .   Air itu Buleh ditambah atau di kurangkan mengikut kesukaan anda sama Ada suka pekat atau sebaliknya.  Dan pastikan  santan sentiasa  dikacau . Biasanya ketika ini santan tadi telah menimbulkan keharumannya tersendiri. (Biasanya cik abang  akak akan datang kedapur bila terhidu keharuman nya.😆😆😆😆.  kemudian masukkan kepala ikan,  asam keping,  garam, gula, masak  menggunakan  api yang kecil.
Biarkan  seketika,  bila hendak mematikan  api  barulah memasukkan cili hijau.  Cuba rasa masim masam gulai  tersebut.  Kemudian hidangkan.

Ala senang  aje memasak guali  ikan  ni.  Cuba yang perlu di perhatikan untuk kesedapan gulai ikan ini  ialah pecah minyak santan nya.  Kalau santan tidak cukup masak atau pecah minyak nya maka guali tersebut tak cukup kesedapan Dan Keenakannya.
Dan pastikan sewaktu santan tadi menggelegak, santan tadi perlu di kacau selalu untuk menghindar dari santan tadi menjadi berketul ketul. Kalau terjadi juga teruskan lah memasak,  cumaaa ..tak berapa cantik guali anda,  dan  itu menandakan anda  kurang pandai memasak.... 😁😁😁😁😁.
Jangan marah kerana itu kenyataannya.  Tapi usah  bimbang,    semangkin lama anda memasak pasti  kemahiran anda semangkin menyerlah.. 👌👌

Sebenarnya  guali ikan ini buleh Di buat berbagai version cuma
tambah  dan kurangkan bahannya saja.

Lihat gambar  di  bawah , 2 Jenis Gulai ikan yang warna seakan sama tapi rasa dan keenakkannya tersendiri dan mempunyai penggemar masing masing.


GULAI ikan  kunyit lengkuas resepi Ada Di blog ini jugak



Ini Gulai ikan  yang biasa akak masak.  Perhatikan Ada cebisan cili   merah. Resepi nya nanti  akak poskan kemudian Ya...


Alahai.. saja  aje nak memanjangkan coleteh.

Selamat  memasak.

Alahai....rupa  sama tapi  rasa lain lain..

Khamis, 13 April 2017

Nasi Beriani Chik Da bersama Dalca campur melelih


Mungkin  bila sebut nak masak nasi beriani  kita merasa agak susah untuk menyediakannya . Sebenarnya  kita silap. 
Senang  ajelah Sebenarnya .
Meh. Ikut ajelah resepi yang  akak dah sediakan ini.
Untuk membuat  masakan kita lebih sedap.  Masakan dengan iklas dan  mulakan dengan Bismillah. 

NASI BERIANI CHIK DA.

2 cawan beras monghul faiza
3 ketul paha ayam
3 sudu besar rempah beriani adabi
3 cawan air (guna cawan yg sama sukat beras )
5 ulus bawang merah di hiris
3 ulus bawang putih hiris kasar
 I in  kayu manis
2 kuntum  bunga lawang,
2 biji pelaga,
2 kuntum bunga cengkih.
sedikit daun pudina
1 biji tomato di potong 4
1 sudu makan minyak sapi
4 sudu besar minyak masak
1 sudu besar garam
2 sudu besar kismis.
Sedikit perasa
Beberapa helai sofran

Panaskan minyak masak dgn minyak sapi kedalam periok,  akak guna periok  eletrik,  kemudian masuk kan kulit  kayu  manis,  buah pelagga,  buah cengkih dan  bunga lawang , biarkan seketika baru  masukkan bawang yg telah dihiris tumis sampai naik bau,  masuk rempah beriani yg sudah di bancuh sedikit air tumis sampai naik minyak, bila rencah dah pecah minyak masuk kan 1 sudu besar garam dan perasa, kemudian baru masuk 1 cawan air, bila dah mendidih masuk ayam kacau dan tutup biar ayam  masak, agak2 ayam dah masak masuk kan daun pudina dan tomato di atas ayam tak perlu kacau terus masuk kan beras yg sudah di basuh lalu masuk kan air 2 cawan kan dan tutup biar didih hinga kering, 

Bila dah kering , titik larutan sofran yang telah direndam dengan sedikit air untuk  menggantikan warna  dan  kismis di atas nasi jangan kacau terus tutup biar kan nasi betul2 kering dan masak. dah kering baru gaul kan .
Siap untuk  di  hidang.





Hihihi dah mama nasi beriani  CHIK  DA Jadi tentu nya perasa  pun ikut selera  chik  DA lah ya.  Mungkin kerana akak ni Ada darah campuran Jadi selera  akak terlebih perisa  kari  yang agak tajam. 


Aduhai...  Seronok akak tengok gambar ni..


Tambahan hidangan dengan dalca ayam campur dan sambal goyang cili.


Ini saffron yang akak gunakan.  Tak ada tak payah.  Jangan  susah  hati. Nasi beriani  anda tetap  bernama nasi beriani  cumaaa... Kalau  guna sofran  ini nasi  lebih sedap..  Akak yang kata Dan rasa.... Hihihi


Silakan.... Alahai.. 🤗🤗🤗
Bismillah.

Selamat mencuba  Dan menjamu  selera. 



Resepi  Dalca campur melelih.


1 ketul paha ayam
2sudu besar rempah kari adabi
1cawan santan pekat campur  2 cawan air
5 ulus bawang merah di hiris
3 ulus bawang putih hiris kasar
 I in  kayu manis
2 kuntum  bunga lawang,
2 biji pelaga,
2 kuntum bunga cengkih.
1 biji terong  di potong
1 biji kentang  Di potong
Bendi - ikut suka
1 sudu kecil garam
1 sudu kecik air Asam jawa
Sedikit  manisan
Sedikit perasa

Panaskan minyak masak Dan masuk kan kulit  kayu  manis,  buah pelagga,  buah cengkih dan  bunga lawang   biarkan seketika baru  masukkan bawang yg telah dihiris,  tumis sampai naik bau,  masuk rempah kari yg sudah di bancuh sedikit air tumis sampai naik minyak, bila rencah dah pecah minyak masuk kan ayam gaul bersama  rencah tadi lalu masukkan garam dan perasa Dan kentang , biarkan seketika kemudian baru masuk santan bersama air tadi. Agak agaklah kepekatannya  bila santan dah mendidih , masukkan terong terlebih  dahulu biarkan seketika. Dan yang terakhir masukkan  bendi  dan  lada  hijau,  rasa Dan hidang.


Sebenarnya untuk  memasak  Dalca ni lebih kurang Cara Dan bahan nya dengan  nasi beriani. 
   




OK... Selamat mencuba  Dan merasa .







Kek Puding Coklat Kukus


Hari ini kita berpuding pulak ya.
Sesekali nak juga ubah selera  mata dan  lidah.
Jom kita  berpuding. 

Resepi  in akak copy Dari blog Ina Hamid . Tapi kerana  akak tidak  suka manis.  Akak dah ubah sedikit bahan  Dari resepi  asal.
Dan rasanya resepi  yang akak dah kurangkan  bahan sesuai untuk insan  yang tidak suka manis 
resepi Di bawah  oleh Sabrina Khan
diedit oleh Ina Hamid






Cara
- 3 sudu gula dimasak dalam loyang 8x8 hingga keperangan dan dibiarkan sejuk 

Bahan untuk Puding
- 4 biji telur.  -         akak  guna 5 biji
- 1 tin susu cair
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu teh esen vanila 

Blendkan kesemua bahan di atas  dan curahkan ke dalam loyan berisi gula hangus tadi dan kukus selama 20 minit dan sejukkan

Bahan Untuk Kek Coklat
- 1 cawan gula.                  -  Akak guna 1/3 cawan 
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan butter yang dicairkan. - akak guna 3/4 cawan
- 1/2 cawan susu pekat.     -   akak guna  1/3 cawan

semua bahan-bahan di atas dimasak dalam masa 5 minit di dalam periuk hingga sebati dan berkilat
3 biji telur di blend dan diketepikan
1 cawan tepung gandum*
1 sudu teh soda bicarbonate*
1 sudu teh baking powder*
*hendaklah diayak dahulu
masukkan tepung dan telur yang di blend dalam periuk tadi dengan berselang seli sehingga habis dan kacau dengan spatula sehingga sebati.



Cuba lah.. Lepas Di dinginkan dalam  peti sejuk.






Alahai.. Sedapnya.... Selamat mencuba Dan merasa Keenakannya. 
Alhamdulillah.