Gulai ikan memang kegemaran akak dan peminat tegar my cik abang. Asal Gulai ikan memang bertambahlah dia makan.
Anak anak pulak yang masih tinggal dengan kami keduanya tak berapa suka dengan guali ikan. Anak perempuan no. 4 memang tak suka langsung . Kalau dia makan nasi kicap adalah kuah beliau. Yang bungsu pulak makanlah juga, tapi ambik kuah ajelah, ikan hanya sebagai hiasan penyeri hidangan.
Hari in cik abang minta nak makan Gulai Kuning ikan.
Dah lama tak makan Gulai Kuning katanya.
Sebenarnya akak kurang masak Gulai kuning ini, sebabnya tiap pagi kalau makan pagi kat kedai , Gulai kuning ikan ini yang beliau minta, Jadi bila masak kat rumah akak akan masak Gulai ikan kemerahan yang menggunakan cili merah untuk menghilang rasa kemudian. Tak kan pagi makan Gulai Kuning ikan, tengahari pun makan Gulai Kuning ikan juga kan, kan, kan.. ππππ

Resepi Gulai Kuning Ikan Muduk.
2 biji kepala ikan muduk/ apa apa ikan pun OK.
5 ulus bawang merah #
2 ulus bawang putih #
8 biji cili api #
3 biji cili hijau. - (Di gunakan sebagai penyedap
makanan Dan hiasan )
3 biji cili hijau. - (Di gunakan sebagai penyedap
makanan Dan hiasan )
2 keping asam keping
1/2 in kunyit hidup #
1 sudu kunyit giling #
250 gram santan pekat
2 cawan air
1 sudu besar garam bukit
1 sudu teh gula
1 sudu teh gula
Caranya.
Blend semua bahan yang bertanda # dan terkecuali juga asam keping Dan kepala ikan... ππππ
Masukkan kedalam periok bersama santan dan air masak hingga mendidih yang agak lama sehingga pecah minyak . Air itu Buleh ditambah atau di kurangkan mengikut kesukaan anda sama Ada suka pekat atau sebaliknya. Dan pastikan santan sentiasa dikacau . Biasanya ketika ini santan tadi telah menimbulkan keharumannya tersendiri. (Biasanya cik abang akak akan datang kedapur bila terhidu keharuman nya.ππππ. kemudian masukkan kepala ikan, asam keping, garam, gula, masak menggunakan api yang kecil.Biarkan seketika, bila hendak mematikan api barulah memasukkan cili hijau. Cuba rasa masim masam gulai tersebut. Kemudian hidangkan.
Ala senang aje memasak guali ikan ni. Cuba yang perlu di perhatikan untuk kesedapan gulai ikan ini ialah pecah minyak santan nya. Kalau santan tidak cukup masak atau pecah minyak nya maka guali tersebut tak cukup kesedapan Dan Keenakannya.
Dan pastikan sewaktu santan tadi menggelegak, santan tadi perlu di kacau selalu untuk menghindar dari santan tadi menjadi berketul ketul. Kalau terjadi juga teruskan lah memasak, cumaaa ..tak berapa cantik guali anda, dan itu menandakan anda kurang pandai memasak.... πππππ.
Jangan marah kerana itu kenyataannya. Tapi usah bimbang, semangkin lama anda memasak pasti kemahiran anda semangkin menyerlah.. ππ
tambah dan kurangkan bahannya saja.
Lihat gambar di bawah , 2 Jenis Gulai ikan yang warna seakan sama tapi rasa dan keenakkannya tersendiri dan mempunyai penggemar masing masing.
GULAI ikan kunyit lengkuas resepi Ada Di blog ini jugak
Ini Gulai ikan yang biasa akak masak. Perhatikan Ada cebisan cili merah. Resepi nya nanti akak poskan kemudian Ya...
Selamat memasak.
Alahai....rupa sama tapi rasa lain lain..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan