Hari ini kita berpuding pulak ya.
Sesekali nak juga ubah selera mata dan lidah.
Jom kita berpuding.
Sesekali nak juga ubah selera mata dan lidah.
Jom kita berpuding.
Resepi in akak copy Dari blog Ina Hamid . Tapi kerana akak tidak suka manis. Akak dah ubah sedikit bahan Dari resepi asal.
Dan rasanya resepi yang akak dah kurangkan bahan sesuai untuk insan yang tidak suka manis
Dan rasanya resepi yang akak dah kurangkan bahan sesuai untuk insan yang tidak suka manis
resepi Di bawah oleh Sabrina Khan
diedit oleh Ina Hamid
Cara
- 3 sudu gula dimasak dalam loyang 8x8 hingga keperangan dan dibiarkan sejuk
Bahan untuk Puding
- 4 biji telur. - akak guna 5 biji
- 1 tin susu cair
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu teh esen vanila
Blendkan kesemua bahan di atas dan curahkan ke dalam loyan berisi gula hangus tadi dan kukus selama 20 minit dan sejukkan
Bahan Untuk Kek Coklat
- 1 cawan gula. - Akak guna 1/3 cawan
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan butter yang dicairkan. - akak guna 3/4 cawan
- 1/2 cawan susu pekat. - akak guna 1/3 cawan
semua bahan-bahan di atas dimasak dalam masa 5 minit di dalam periuk hingga sebati dan berkilat
3 biji telur di blend dan diketepikan
1 cawan tepung gandum*
1 sudu teh soda bicarbonate*
1 sudu teh baking powder*
*hendaklah diayak dahulu
masukkan tepung dan telur yang di blend dalam periuk tadi dengan berselang seli sehingga habis dan kacau dengan spatula sehingga sebati.
Cuba lah.. Lepas Di dinginkan dalam peti sejuk.
Alahai.. Sedapnya.... Selamat mencuba Dan merasa Keenakannya.
Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan