Mungkin bila sebut nak masak nasi beriani kita merasa agak susah untuk menyediakannya . Sebenarnya kita silap.
Senang ajelah Sebenarnya .
Meh. Ikut ajelah resepi yang akak dah sediakan ini.
Untuk membuat masakan kita lebih sedap. Masakan dengan iklas dan mulakan dengan Bismillah.
Meh. Ikut ajelah resepi yang akak dah sediakan ini.
Untuk membuat masakan kita lebih sedap. Masakan dengan iklas dan mulakan dengan Bismillah.
NASI BERIANI CHIK DA.
2 cawan beras monghul faiza
3 ketul paha ayam
3 sudu besar rempah beriani adabi
3 cawan air (guna cawan yg sama sukat beras )
5 ulus bawang merah di hiris
3 ulus bawang putih hiris kasar
I in kayu manis
2 kuntum bunga lawang,
2 biji pelaga,
2 kuntum bunga cengkih.
sedikit daun pudina
1 biji tomato di potong 4
1 sudu makan minyak sapi
4 sudu besar minyak masak
1 sudu besar garam
2 sudu besar kismis.
Sedikit perasa
Beberapa helai sofran
Panaskan minyak masak dgn minyak sapi kedalam periok, akak guna periok eletrik, kemudian masuk kan kulit kayu manis, buah pelagga, buah cengkih dan bunga lawang , biarkan seketika baru masukkan bawang yg telah dihiris tumis sampai naik bau, masuk rempah beriani yg sudah di bancuh sedikit air tumis sampai naik minyak, bila rencah dah pecah minyak masuk kan 1 sudu besar garam dan perasa, kemudian baru masuk 1 cawan air, bila dah mendidih masuk ayam kacau dan tutup biar ayam masak, agak2 ayam dah masak masuk kan daun pudina dan tomato di atas ayam tak perlu kacau terus masuk kan beras yg sudah di basuh lalu masuk kan air 2 cawan kan dan tutup biar didih hinga kering,
Bila dah kering , titik larutan sofran yang telah direndam dengan sedikit air untuk menggantikan warna dan kismis di atas nasi jangan kacau terus tutup biar kan nasi betul2 kering dan masak. dah kering baru gaul kan .
Siap untuk di hidang.
Hihihi dah mama nasi beriani CHIK DA Jadi tentu nya perasa pun ikut selera chik DA lah ya. Mungkin kerana akak ni Ada darah campuran Jadi selera akak terlebih perisa kari yang agak tajam.
Aduhai... Seronok akak tengok gambar ni..
Silakan.... Alahai.. 🤗🤗🤗
Bismillah.
Selamat mencuba Dan menjamu selera.
Bismillah.
Selamat mencuba Dan menjamu selera.
Resepi Dalca campur melelih.
1 ketul paha ayam
2sudu besar rempah kari adabi
1cawan santan pekat campur 2 cawan air
5 ulus bawang merah di hiris
3 ulus bawang putih hiris kasar
I in kayu manis
2 kuntum bunga lawang,
2 biji pelaga,
2 kuntum bunga cengkih.
1 biji terong di potong
1 biji kentang Di potong
Bendi - ikut suka
1 sudu kecil garam
1 sudu kecik air Asam jawa
Sedikit manisan
Sedikit perasa
2sudu besar rempah kari adabi
1cawan santan pekat campur 2 cawan air
5 ulus bawang merah di hiris
3 ulus bawang putih hiris kasar
I in kayu manis
2 kuntum bunga lawang,
2 biji pelaga,
2 kuntum bunga cengkih.
1 biji terong di potong
1 biji kentang Di potong
Bendi - ikut suka
1 sudu kecil garam
1 sudu kecik air Asam jawa
Sedikit manisan
Sedikit perasa
Panaskan minyak masak Dan masuk kan kulit kayu manis, buah pelagga, buah cengkih dan bunga lawang biarkan seketika baru masukkan bawang yg telah dihiris, tumis sampai naik bau, masuk rempah kari yg sudah di bancuh sedikit air tumis sampai naik minyak, bila rencah dah pecah minyak masuk kan ayam gaul bersama rencah tadi lalu masukkan garam dan perasa Dan kentang , biarkan seketika kemudian baru masuk santan bersama air tadi. Agak agaklah kepekatannya bila santan dah mendidih , masukkan terong terlebih dahulu biarkan seketika. Dan yang terakhir masukkan bendi dan lada hijau, rasa Dan hidang.
Sebenarnya untuk memasak Dalca ni lebih kurang Cara Dan bahan nya dengan nasi beriani.
OK... Selamat mencuba Dan merasa .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan