Khamis, 10 Disember 2015

GULAI DARAT IKAN KELI

Gulai ikan darat ikan keli ini adalah kegematan anak teruna sulong akak. Bila aje dia telepon nak balik kg, akak terus aje buat gulai darat ikan keli kegemarannya. Dan memang berbaloi baloi akak masak lauk kegemarannya , puas hati tengok dia makan, bertambah dan beberapa kali pulak dia kat dapur asik makan aje..
Makan lah abang, ummi masak pun untuk abang makan sepuasnya.
Sesekali balik cuti, biasanya dia akan mengeloh, kerana berat badanya mesti bertambah. Tak apa, nanti balik KL nanti kurus balik kan...
Itu lah ayat akak untuk mententeramkan hatinya..
Dan selalunya ayat itu memang berkesan.. alahai lah anak.



 Inilah Gulai darat ikan keli
Sedap sangat.. cara masakan kelantan.

Resepinya
4 ulas bawang merah
2 biji cili merah
5 biji cili padi
1 in kunyit hidup
1 in lengkuas
2 keping asam gelugur
300 gram santan
1 genggam daun kesum
1 genggam daun kaduk - akak tak letak  tak ada jual



Caranya
Kisar semua bahan seperti gambar di atas kecuali asam gelugur dan masukan santan kedalam periok bersama ikan keli yang telah direndam dengan air asam jawa dan di bersihkan

Ini lah Gulai yang di campur semua bahan dan sedia  untuk di masak.

Masukkan air sedikit untuk mencairkan santan, jangan banyak sangat biarkan santan agak pekat dan masukkan sekali daun kesum  masakan sehingga mengeleggak baru di masukkan asam keping, gula dan garam. Biarkan  ia mengeleggak seketika, tutup api dan hidangkan. Kalaulah ada daun kadok lagi sedap. 

Akak temankan guali darat ikan keli dengan hidangan di bawah. Untuk resepi Ikan kembung tumis berlada akak siarkan kemudian, sebab ini lauk kegemaran anak bungsu akak.

Inilah hidangan untuk hari ini, selamat menjamu mata dan selamat mencuba..
Yang penting, tak rugi mencuba.. best ..
Alahai....






Ahad, 6 Disember 2015

GULAI IKAN AYA MENGGUNAKAN LADA KERING MEMANG SEMPURNA


Gulai lada kering ikan aya memang berbeza sedapnya

Resepinya sama dengan gulai ikan aya yang lepas, cuma  akak tukar cili merah dengan 3 sudu besar lada kering yang telah di kisar.


Hidangan untuk hari ini
Hari hari mesti ada kari ke...
Alahai..


Menu hari sabtu


Terong kari yang memang sedap.

Ini resepi keluarga akak sendiri, dan kari terong ni memang kegemaran akak. 
Lima biji terong akak masak, semuanya licin.. 


Dan ini hidangan  untuk hari sabtu.. 
Maaflah akak agak sibuk sangat hari sabtu tu.. dan untuk pengetahuansemua, hari ahad lepas tu, akak tutup dapur.. saje nak rehatkan diri..


Sebenarnya dapur akak meragam, dapur tungku 2, tapi boleh guna satu aje... lalu akak pun mogak jugak lah.. makan kat kedai aje... alahai...

Jumaat, 4 Disember 2015

MENU HARI JUMAAT YANG BIASA BIASA AJE


Hari ini pun macam kelmarin aje, menu hari ini menu orang kampung  kelantan aje, tiada barat barat.
Gulai telor Itik bersama ikan masim campurkacang  panjang, kacang bendir goreng belada, ikan merah goreng kunyit, timun dan sambal tanpa belacan dan tetamu teristimewa untuk hari ini, ikan kering goreng.

Dan pada kali ini akak terpaksa masak nasi buat kali kedua, sebab suami dan anak bongsu makan terlebih. Bermakna untuk anak perempuan seorang lagi tak adalah..tak apalah masak nasi biasa ajekan.
tapi itu la kadang kadang selera kita tak dapat di jangka. Rasanya masak macam biasa aje, tapi kali iji cik abang bukan main seleranya. Alahai..

Silakan untuk tengok aje ya.. alahai gurau aje..

Resepi seperti minggu yang lepas sama aje.. 
Apa.. ohhh kacang bendir goreng belada tak ada.. ala  kalau ikut resepi dulu akak letak sambal, buang sambal letak aje lada kering yang di kisar 10 biji aje..ok




Oh terlupa nak bagitahu, inilah sambal yang selalu akak gunakan untuk menumis sayur. ... dan
Sambal ni kalau tak ada masa makan, terutama masa masakan gulai ikan ke, ayam ke terutamanya  masakan kari, memang tak lengkap lah kalau dia tak di jemput sama. Itu yang buat akak buat sambal ni banyak banyak, memang makin lama makin membeles...

Sedap, masim, masam , manis dan yang penting.. PEDAS.. alahai..

Rabu, 2 Disember 2015

SUP SAYUR BERTEMANKAN SOO HON

Hari ini cik abang akak nak makan tengahari dengan lauk simpel aje,
"Abang nak makan sup sayur campur soo hon dan  ikan bakar "
"Beres.. suka suka, senang nak masak, tapi kita tambah telor dadar nak"
Cik abang ok aje, akak pun senang aje, semangkin lah seronok nak masak. Senang saje kan.
Perkara yang paling bahagia bagi tukang masak ialah bila yang tukang makan dah siap bagitahu nak makan apa. ini , kita yang sakit kepala nak fikir nak masak apa.. ya lah akak tahu, cik abang akak bukan cerewek bab makan ni, apa yang akak masak , semuanya sedap kat selera dia, ala cara dia bodek akak untuk selalu masak..  ehh... membebal pulak akak. Alahai..

Sup sayur + soo hon.. best
Ikan bakar  lagi best sebab  bakar aje, pencicahnya hanya kicap potong cili dan bawang , akhir perah aje limau nipis, berpeloh lah cik abang akak  bila makan nanti.. dah dapat bayang dah. Alahai

Sup sayur bertemankan soo hon

 Bahannya
10 kuntum cendawan
5 biji bebola ayam
5 ekor udang basah
1 keping dada ayam -potong dadu
1 batang lobak merah
2 batang sederi
1 keping pucuk kering
1 cekak soo hoo -
I kuib ayam
1 sudu besar serbuk lada putih
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkeh
2 biji buah pelaga
1 biji bawang besar

Caranya
Panaskan air , masukkan bunga lawang, cengkeh, buah pelaga dan isi ayam ke dalam periok, masukkan jugak bebola ayam, lobak merah yang siap di potong, lada putih, kuib ayam garam dan gula biarkan mengelegak seketika.
Panaskan kuali masukkan minyak zaitun  sedikit dan goreng bawang putih hingga naik bau dan kekuningan
Masukkan bawang putih tadi kedalam periok yang berisi sup tadi.
Masukkan bawang besar yang di mayang, udang , cendawan dan batang sederi dan akhir sekali masukkan soo hon dan pucuk yang telah siap di rendam dengan air panas sehingga lembut. Rasakan sup dan hidang.
Sedapnya bila hirup panas panas ni...




IKAN BAKAR CICAH KICAP
Ini makanan paling  senang nak masak..
Bakar , Guna aje pemanggang ajaib..lagilah senang kan ?


Pendamping paling best.. telor dadar..
Alahai kacang nya masak hariini
Makan pun kencang jugak
Silakan..
Alahai....




Selasa, 1 Disember 2015

CUTI BALIK KAMPUNG, CERIAKAN RUMAH BONDA

Rumah untuk bonda sememangnya dah selesai sepenuhnya, cuma bagi  kita orang perempuan ,masih lagi ada yang perlu di tambah atau di perbaiki. bahagian dalaman.
Ini kerja kita lah kan, bonda bukannya hirau sangat benda benda gini. Maklumlah bonda dah lanjut usia, tapi masih cergas lagi.. cergas orang tua lah kan.
Tapi syukur pada Allah. Bonda masih ceria lagi.
Alhamdulillah.

Balik kali ini akak bereskan tentang hub dapur.. nak lengkapkan jugak, walaupun ianya tak berapa perlu, maklum bonda bukannya masak pun. Anak dan cucu bonda yang uruskan makan minum beliau.tapi seperti ibu ibu yang lain, bonda tak mahu kerumah anak anak, bonda nak jugak duduk rumah sendiri. Jadi ini lah rumah baru bonda.


Sebelum di ubah


Dah siap..

Tak apa lah bonda, ini aje yang mampu kita sediakan untuk bonda kali ini, insyaallah ada rezeki kita tambahkan lagi untuk keceriaan rumah bonda


Ini lah ruangan dapur bonda.. nampaknya kain langsir kena ganti baru nih.
Langsir tu di gunakan  masa kat rumah dulu, almaklum nak siapkan rumah bonda ini boleh tahan jugak harganya.
Tak apalah bonda  insyaallah ada rezeki nanti ruanga  dapur ini kan di ceriakan.



Ini ruangan  tamu rumah bonda
 Dulu dan sekarang..


Tapikan rasa yang dulu lebih cantikkan..
Tak apa.. nanti kita tukar langsir pulak, pasti  cantikkan.

 Inilah rumah bonda yang berjaya kami siapkan untuk keselesaan bonda tersayang. Ini gambar lama , sewaktu bonda baru menduduki rumah beliau, Hiasan di laman itu pun dah berubah kini.. dah semagkin cantik.


 Ini gambar bonda masa baru menduduki rumah beliau, sofa tu dah di tukar baru, yang bonda duduk di ubah ke ruang keluarga.
Ruang keluarga yang kecil tapi comel dan kemas untuk keselesaan bonda dan cucu -cucu yang tolong temankan bonda.


TOM YAM CAMPUR


Ini pun masakan beberapa hari yang lalu,
Akak tak sempat nak poskan nya kat sini, kebetulan musim hujan ini dan kesibukan untuk balik kampung jumpa bonda tersayang kat kelantan.

Tom yam ni enak untuk di makan sewaktu musim hujan sebegini, rasanya yang masam masim pedas amat sesuai sangat.

Ini masakan yang paling akak suka..sebab ianya mudah untuk di masak dan sedap untuk di hirup. Hidangan sampingannya jugak mudah, masak aje telor dadar dan ikan muduk ( nyuk -nyuk ) goreng serta tak di lupa ikan kering goring ( ikan talang) dan sambal tanpa belacan hampir terlupa tadi.
Sedap sehingga tak terkata.. alahai..

Ini resepi tom yam mudah
I supit kulat butang kering - di hiris
1 keping fish kek - di potong
5 biji bebola daging di potong 2
2 batang serai
8 ulas bawang putih
2 in halia
1 keping dada ayam
1 kuib ayam
1 kuib pes tom yam
Sedikit borokli
2 biji tomato
3 biji cili padi untuk rasa pedas sedikit
Caranya

Tumbuk bawang putih, potong halia,
Tumis hirisan halia, kemudian masukan bawang putih hingga garing, masukan air , masukan hirisan dada ayam, biarkan hingga mengeleggak, masukan kuib tom yam , serai yang di ketuk, daun limau purut di buang tulang belakangnya
Dan diramas sedikit, masukan fish kek, bebola daging, kulat, lobak merah  di hiris,batang sedari yang di potong, biarkan seketika, akhir sekali masukan tomato ya g di potong 4,  cili merah, bawangbesar, masaukan garam, gula dan serbuk perasa sedikit.  Cili jangan lupa pulak, nati tak terasa pedasnya, tak pedas tak sedap.. Rasakan dan hidang..





Telor dadar...

Hidangan untuk hari ini
Alahai...