Khamis, 10 Disember 2015

GULAI DARAT IKAN KELI

Gulai ikan darat ikan keli ini adalah kegematan anak teruna sulong akak. Bila aje dia telepon nak balik kg, akak terus aje buat gulai darat ikan keli kegemarannya. Dan memang berbaloi baloi akak masak lauk kegemarannya , puas hati tengok dia makan, bertambah dan beberapa kali pulak dia kat dapur asik makan aje..
Makan lah abang, ummi masak pun untuk abang makan sepuasnya.
Sesekali balik cuti, biasanya dia akan mengeloh, kerana berat badanya mesti bertambah. Tak apa, nanti balik KL nanti kurus balik kan...
Itu lah ayat akak untuk mententeramkan hatinya..
Dan selalunya ayat itu memang berkesan.. alahai lah anak.



 Inilah Gulai darat ikan keli
Sedap sangat.. cara masakan kelantan.

Resepinya
4 ulas bawang merah
2 biji cili merah
5 biji cili padi
1 in kunyit hidup
1 in lengkuas
2 keping asam gelugur
300 gram santan
1 genggam daun kesum
1 genggam daun kaduk - akak tak letak  tak ada jual



Caranya
Kisar semua bahan seperti gambar di atas kecuali asam gelugur dan masukan santan kedalam periok bersama ikan keli yang telah direndam dengan air asam jawa dan di bersihkan

Ini lah Gulai yang di campur semua bahan dan sedia  untuk di masak.

Masukkan air sedikit untuk mencairkan santan, jangan banyak sangat biarkan santan agak pekat dan masukkan sekali daun kesum  masakan sehingga mengeleggak baru di masukkan asam keping, gula dan garam. Biarkan  ia mengeleggak seketika, tutup api dan hidangkan. Kalaulah ada daun kadok lagi sedap. 

Akak temankan guali darat ikan keli dengan hidangan di bawah. Untuk resepi Ikan kembung tumis berlada akak siarkan kemudian, sebab ini lauk kegemaran anak bungsu akak.

Inilah hidangan untuk hari ini, selamat menjamu mata dan selamat mencuba..
Yang penting, tak rugi mencuba.. best ..
Alahai....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan