Selasa, 1 Disember 2015

TOM YAM CAMPUR


Ini pun masakan beberapa hari yang lalu,
Akak tak sempat nak poskan nya kat sini, kebetulan musim hujan ini dan kesibukan untuk balik kampung jumpa bonda tersayang kat kelantan.

Tom yam ni enak untuk di makan sewaktu musim hujan sebegini, rasanya yang masam masim pedas amat sesuai sangat.

Ini masakan yang paling akak suka..sebab ianya mudah untuk di masak dan sedap untuk di hirup. Hidangan sampingannya jugak mudah, masak aje telor dadar dan ikan muduk ( nyuk -nyuk ) goreng serta tak di lupa ikan kering goring ( ikan talang) dan sambal tanpa belacan hampir terlupa tadi.
Sedap sehingga tak terkata.. alahai..

Ini resepi tom yam mudah
I supit kulat butang kering - di hiris
1 keping fish kek - di potong
5 biji bebola daging di potong 2
2 batang serai
8 ulas bawang putih
2 in halia
1 keping dada ayam
1 kuib ayam
1 kuib pes tom yam
Sedikit borokli
2 biji tomato
3 biji cili padi untuk rasa pedas sedikit
Caranya

Tumbuk bawang putih, potong halia,
Tumis hirisan halia, kemudian masukan bawang putih hingga garing, masukan air , masukan hirisan dada ayam, biarkan hingga mengeleggak, masukan kuib tom yam , serai yang di ketuk, daun limau purut di buang tulang belakangnya
Dan diramas sedikit, masukan fish kek, bebola daging, kulat, lobak merah  di hiris,batang sedari yang di potong, biarkan seketika, akhir sekali masukan tomato ya g di potong 4,  cili merah, bawangbesar, masaukan garam, gula dan serbuk perasa sedikit.  Cili jangan lupa pulak, nati tak terasa pedasnya, tak pedas tak sedap.. Rasakan dan hidang..





Telor dadar...

Hidangan untuk hari ini
Alahai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan