Selasa, 1 Disember 2015

CUTI BALIK KAMPUNG, CERIAKAN RUMAH BONDA

Rumah untuk bonda sememangnya dah selesai sepenuhnya, cuma bagi  kita orang perempuan ,masih lagi ada yang perlu di tambah atau di perbaiki. bahagian dalaman.
Ini kerja kita lah kan, bonda bukannya hirau sangat benda benda gini. Maklumlah bonda dah lanjut usia, tapi masih cergas lagi.. cergas orang tua lah kan.
Tapi syukur pada Allah. Bonda masih ceria lagi.
Alhamdulillah.

Balik kali ini akak bereskan tentang hub dapur.. nak lengkapkan jugak, walaupun ianya tak berapa perlu, maklum bonda bukannya masak pun. Anak dan cucu bonda yang uruskan makan minum beliau.tapi seperti ibu ibu yang lain, bonda tak mahu kerumah anak anak, bonda nak jugak duduk rumah sendiri. Jadi ini lah rumah baru bonda.


Sebelum di ubah


Dah siap..

Tak apa lah bonda, ini aje yang mampu kita sediakan untuk bonda kali ini, insyaallah ada rezeki kita tambahkan lagi untuk keceriaan rumah bonda


Ini lah ruangan dapur bonda.. nampaknya kain langsir kena ganti baru nih.
Langsir tu di gunakan  masa kat rumah dulu, almaklum nak siapkan rumah bonda ini boleh tahan jugak harganya.
Tak apalah bonda  insyaallah ada rezeki nanti ruanga  dapur ini kan di ceriakan.



Ini ruangan  tamu rumah bonda
 Dulu dan sekarang..


Tapikan rasa yang dulu lebih cantikkan..
Tak apa.. nanti kita tukar langsir pulak, pasti  cantikkan.

 Inilah rumah bonda yang berjaya kami siapkan untuk keselesaan bonda tersayang. Ini gambar lama , sewaktu bonda baru menduduki rumah beliau, Hiasan di laman itu pun dah berubah kini.. dah semagkin cantik.


 Ini gambar bonda masa baru menduduki rumah beliau, sofa tu dah di tukar baru, yang bonda duduk di ubah ke ruang keluarga.
Ruang keluarga yang kecil tapi comel dan kemas untuk keselesaan bonda dan cucu -cucu yang tolong temankan bonda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan