Jumaat, 8 April 2016

KETUPAT SOTONG resepi ummi noor lida

Hari ini cik abang akak nak makan ketupat sotong pulak.
Maklum musim sotong .. segar segar aje kat pasar
Kan akak dah bagitahu ..cik abang akak kalau tengok sotong, pasti 2 perkatan yang akan dia sebut
Goreng @ ketupat
Hari ini ketupat menang.....hihihi



Ini adalah ketupat sotong kegemaran suami akak.
Dan ini juga kegemaran akak jugak. Ianya berlainan dengan cara membuatnya yang lalu, sebelum ini akak masak dulu beras pulut ikut cara orang terengganu, kali ini akak buat cara orang kelantan pulak tapi masakan macam orang terengganu.
Bila kita makan pulutnya lebih terasa lemak, manis dan ada perasa sotong, jadi versi ini lebih hebat. Dan sedap.. cik abang puji..sedappp.



Sotong ni akak sengaja tak buang kulitnya, untuk membezakan cara isi beras pulut dengan isi pulut pada sotong... hihihi


Beras pulut di rendam sekejap kemudian masukkan santan pekat sedikit kedalam beras pulut sewaktu menggisi kedalam sotong.




Bahan di atas di mayang , halia, bawang dan halba di basuh.




Sotong yang telah di isi beras pulut yang di letak santan pekat sedikit. Isi
beras pulut hanya separuh saja kedalam sotong, kemudian  masukan kepala sotong dan di cantum menggunakan pencukil gigi .




Masukkan bahan yang di hiris tadi



Masukkan santan pekat, manisan1 keping kecil, sedikit garam dan 1 gelas air.


Di masak hingga masak

Terlupa daun pandan pulak. Alahai...2 helai aje..

Ini dia....

Emmm, sedap sungguh..
Selamat menjamu mata..hihi.
Alahai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan