Selasa, 19 April 2016

KUNJUNGAN BEKAS PELAJAR BATCH KE 2,1978 MRSMKT

Seronoknya seorang cikgu bila pelajar nya berkunjung dan masih mengingati beliau,
Hari ini hari bertuah bagi kami sekeluarga terutamanya cik abang akak.
Pelajarnya sudi datang mengziarahi beliau, en Azzahari dan keluarga. En Azzahari ini kebetulan datang untuk ke MRSMKT kerana ada urusandi sana dan kebetulan datang ke kuala terengganu, dan teringatkan cikgunya , dan berlakulah pertemuan ini.
Terimakasih di atas buah tangan yang di beri, cantik sangat.









CUMA, akak hanya sempat menghidang kue tiau goreng aje pada kunjungan beilau kali ini, kebetulan akak tak masak tengahari,
Akhirnya tumisan segera akak penyelamat akak. Cuba bayangkan akak hanya mempunyai masa 30 minit untuk menyiapkan semua ini,
Bila  aje  cik abang cakap pelajarnya nak datang dan dah hampir sampai sedangkan masa itu waktu makan tengahari, tak kan tak hidang apa apa, lalu akak suruh aje cik abang beli kue tiau dan bahan nya. Akak pula terus keluarkan tumisan segera akak,dan masukkan ke dalam microwave untuk cairkan, dan terus aje siap untuk goreng, panaskan tumisan masukkan kicap,sos cili, sos tomato dan biarka seketika. Matikan api  . Sementara tunggu cik abang balik akak terus bersiap untuk buat air dan pekakas hidangan. Cik abang balik, terus kopek udang dan potong suyur,.kembali mengoreng dan tak sampai 5 minat, semuanya siap

Alhamdulillah

Dalam gambar tu nampak macam makan sedikit aje dia orang makan sebab itu pada permulaan makan, akak dah biasa dah macam ni, mula mula ambik sikit, tapi jangan bimbang akan ada suapan kedua dan ketiga dan yg akak yakin bekas kue tiau itu akan tinggal separuh.  Insyaalah tak akan ada pembaziran nanti.

Yang baki tu untuk tuan rumahlah pulak kan.
Akak lebih suka hidangkan banyak, untuk menyukakan tetamu, bebas dia orang nak makan, bukan teragak agak kerna yang di hidang hanya sedikit.

Bagi akak, tetamu suka, itu rezeki pahala untuk kita, semuga dia orang akan datang lagi, dan kunjungan tetamu itu adalah pintu rezeki dari Allah. Dari itu jangan takut untuk menjamu dan menyukakan tetamu.


Kue tiau goreng dengan air ros biji selasih dan timun kuning.




Tumisan penyelamat akak..
Alhamdulillah.
Alahai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan