Jumaat, 1 April 2016

Sotong goreng alahai dan ketupat sotong versi akak.


Kegemaran cik abang akak , pantang tengok sotong selalu sebut 2 perkataan,
Goreng atau ketupat.

Hari ini goreng menang..
Terjadilah sotong goreng kunyit.




Resepinya mudah aje
4ekor sotong di potong kecil
1 in halia
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 biji lada merah
1 sudu teh kunyit
1 sudu teh garam
Secubit perasa

Cara
Sotong di bersih, di potong kecil di tos . Masukan garam kunyit dan perasa.
Minyak di panaskan dan goreng sotong hingga masak dan angkatdan biarkan
Masih Menggunakan minyak goreng sotong tadi, masukkan halia, bawang putih, bawang besar serta lada merah goreng hingga layu. Masukkan sotong tadi masak seketika, angkat dan hidangkan..




Ini ketupat sotong, sebenarnya telah beberapa  hari yang lalu.
Tapi ia bermasalah, sebab gambar hanya ada waktu di masak, waktu dah siap tak sempat di ambik...
Alahai...



8 ekor sotong ketupat
Pulut secukupnya.  Beras pulut di masak terlebih dahulu.
1 sudu teh halba
Secubit garam
1/2  kilo santan pekat
1 in halia - mayang
1biji bawang merah saiz besar - mayang
1keping  manisan / gula melaka
2 helai daun pandan - simpul
Garam
Penculit gigi secukupnya


Caranya
Masukkan pulut kedalam sotong dan tutup kepala sotong dengan lidi pencokil gigi. Seperti gambar.
Masukkan santan kemudian cairkan dengansedikit air, masukkan sotong dan kesemua bahan tadi kecuali pencukil gigi .hihihi..
Rasakan ..
So hidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan