Jumaat, 8 April 2016

SAYUR AIR LABU


Dalam beberapa hari ini masakan akak asik berlemak aje, dan hari ini menu masakan pilihan selera cik abang .
Katanya nak hilangkan rasa lemak, tapi nak pulak makan ketupat sotong. Akak tak kesah, kita kan isteri, salah satu tugas kita adalah memasak. Dan yang penting ikut selera cik abang, anak anak akak tak kesah sangat sebab dia orang ada pilihan sendiri, tapi kalau dia orang makan itu kira bonus untuk nilaian masakan akak. Tapi biasanya dia orangtak kesah, semuanya ok untuk dia orang.
Boring katanya makan kat luar.



Sedapkan... emmm.


Ini bahan bahan nya
2 ekor ikan kembung yang telah di rebus
3 biji bawang merah
1 bawang besar
2 biji lada merah. terlebih masa ambik gambar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering.. cik abang yg  mintak tambah bahan ni.
2 sudu besar sebuk lada hitam
1/2 lobak merah
1 biji labu air
10 tangkai daun kesum
Garam, gula dan serbuk perasa
Sedikit soo hoon 

Caranya.
 Blend kesemua bahan kecuali, lada merah labu air dan lobak merah serta daun kesum.
 Masukkan kedalam periok bersama 2 gelas air , 
Potong labu air, dan lobak merah, ikut kreatif masing masing lah dan juga daun kesum dan di masukkan kedalam periok yg berisi air dan bahan ya g telah di blend tadi, masak hingga masak. Masukan garam , gula dan serbuk perasa sedikit.dan soo hoon yang telah di rendam dengan air suam. 

Siap untuk di hidangkan.
Senangkan..
Mudah aje..
Masakkan terengganu yang menjadi kegemaran akak dan suami.
Alahai..

                             


Hidangan untuk hari ini.
Alhamdulillah, di atas kurniaan reski dari ALLAH.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan