Pagi jumaat, ( kelmarin )
Lepas hantar anak perempuan kerja pagi, akak dan cik abang yang berbaju sukan untuk beriadah di bukit kecik bandar terengganu, tapi terpaksa pesongkan niat ke pasar minggu telok ketapang sebab langit dah merajuk, asik menangis aje sekarang, bukan sikit air matanya, kadang- kadang tak nampak jalan kita di buatnya. Ya lah dah musim diakan...
Punyalah awal sampai, tengok -tengok hanya beberapa tempat baru ada penjual, akak yang terkejut dari tertidur, almaklum kalau hujan hujan begini, mata akak macam paham-paham aje, asik nak tertutup aje kerjanya, dan....alahai . Tu la bila sedar di alam nyata rasa pelik, tak jadi berniaga ke hari ini ?
Awal lagi , baru 6.45 pagi.. kata cik abang....
Kita tunggulah kejap lagi... sambungnya..
Pukul 7.30 puas dok tunggu tempat jual ikan darat ,masih tak nampak nampak lagi kehadirannya.. akak dah lengoh dah berdiri ni.
Kita balik lah bang...
Tunggu lah kejap, kita gi makan dulu nak.. cik abang memujuk. Bersemangat betul dia hari ni, nak makan ikan baung masak tempoyak. Rupanya tukang jual ikan darat ni, pukul 8.15 baru mari, kata orang jual kain sebelah, bila cik abang tanya.
Lepas aje makan laksan terenggunu kat kedai pasar minggu tu, bila akak datang,
'la ramai doh orang dok beli dan dok nunggu ikan darat,
' kena beratul la pulak' .kata cik abang. Dia memang tak suka bab tunggu menunggu ni, tapi kali ni bagus pula cik abang akak.. rela dia.. ala hai....
2 ekor ikan baung segar bersama senyuman cik abang di pagi jumaat di pasar Minggu Telok Ketapang...
Alahai bercerita pulak akak ni...
Jom kita terus berbicara tentang asam pedas tempoyak ikan baung ala pahang
Terimakasih kepada pemberi resepi ini, cikgu katy,
Akak pernah tanya dia tentang cara masak asam pedas tempoyak ikan baung ni, al maklum beliau anak jati pahang. Memang pakarlah bab bab ni kan. Terimakasih sekali lagi cikgu, memang sedap sungguh.
Ini dia Asam pedas tempoyak ikan baung.
Yang membuat cik abang melanggar pantang makan..
Sedap dan menyelerakan.. kuahnya pekat dan beraroma..
Dan yang membuat anak perempuan bungsu akak makan awal. Biasanya pukul 2 petang baru makan, hari ini.. bila kami kat dapur untuk makan tenaghari, dia dah selesai makan.
Lapar... Sedap sangat baunya ..katanya. tak leh nak tahan... sambungnya keapuasan.
Alahai
Jom tengok...
ASAM PEDAS TEMPOYAK IKAN BAUNG ALA PAHANG
Resepinya
2 biji kepala ikan baung sederhana besar di belah dua
2 kerat ekor ikan baung.. isinya akak gunakan untuk goreng
5 biji cili api
2 biji lada merah
2 bekas kecil besar tempoyak
1 Ikat kecil daun kesum
Garam bukit
Gula perang
Caranya
Bersihkan ikan baung dengan menggunakan 2 sudu besar air asam jawa, biarkan seketika, kemudian bilas dan toskan. Ambik kepala dan ekor saja untuk masak asam pedas gempoyak ala pahang ni....
Kisarkan kan lada merah, cili api dan tempoyak bersama sedikit air.
Masukan ikan dalam periok dan masukkan bahan yang di kisar tadi bersama air yang mencukupi, angaran ikan itu tenggelam. Masukkan garam sedikit bersama gula perang, biarkan mengelegak , baru masukkan daun kesom.
Biarkan seketika sehingga daun kesum dah layu, jangan lama memasak nya, kerana ikan ini isinya lembut.
Rasakan masam manis masimnya, kemudian hidangkan.
Ini rakan rapat asam pedas tempoyak yang akak sertakan untuk hidangan tengahari ini.
Ikan baung goreng kunyit kosong dan juga peria bergoreng telor.
Hidangan keseluruhannya.
Sila la tengok.
Walau tak cantik di pandang tapi rasa kenyangnya sampai kepetang.
Ala hai...