Memang dah lama nak makan bingka ubi kayu ni. Kelmarin pagi pasar ikan kat pantai mengabang telipot terpandang ubi kayu terus beli dan pagi tadi terus buat. Alhamdulillah menjadi.
Bukan tak ada yang jual kuih gini, cuma biasanya rasa manis sangat. Jadi buat sendiri seronok sebab rasanya sederhana manis dan cukup lemaknya.
Resepi ini akak olah sendiri ikut cita rasa akak..alahai. Itu selepas tengok blog blog orang yang hebat tu.
Bahan bahannya ialah....
1 kilo ubi kayu yang telah di parut.. akak blend aje
1 biji telor
200 ml santan kotak jenis kara
I keping manisan saiz kecil
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil perasa pandan
1 sudu kecil garam bukit
Sedikit pewarna kuning
Caranya
Ubi kayu di blend dengan sedikit air dan di tapis. Ubi yang telah diblend tu di tekan-tekan sedikit. Manja manjakan aje sekadar untuk mengeluarkan airnya . Masakan manisan, gula perang dan bila dah larut matikan api masukan mentega sejukan seketika. Ubi yang dah ditapis tadi di masukan telor yang di pukul sedikit, masukan perwarna , garam, santan dan terakhir masukkan air manisan tadi kedalam loyang. Kacau sehinga sebati. Terlebih dahulu panaskan ketuhar 180 f. Gunakan api atas bawah, dan pastikan loyang di letak tingkat yang paling bawah. Masukan loyang tadi , bakar selama 45 hingga 50 minit. Dan sekiranya ada yang suka rasa kerak yang tebal tambahkan masa membakarnya. Pastikan bingka di sejukkan sepenuhnya terlebih dahulu sebelum di potong dan di hidangkan. Insyaallah bingka ini terpotong cantik seperti di atas.
Selamat mencuba...
Bingka ni dah cacat sedikit.. sebab ada orang yang tak sabar nak cuba..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan