Petang ini ada kawan baik akak dan cik abang yang akan datang, itupun atas jemputan cik abang yang mahukan sistem banjir yang cik abang buat kat rumah ni dah rosak di perbaiki. Tapi sistem ni untuk banjir biasa aje, kalau banjir macam tahun lepas, sistem ini gagal beroperasi. Maklumlah bila semua kawasan dah di tenggalami air dah tak ada gunanya lagi, tiada siapa yang dapat melawan kuasa Allah, tiap kita kena iktiarkan . Dan orang yang paling bagus dalam urusan pembaikian ini adalah kawan baik kami, En. Roslan Awang juruteknik MRSMKT . Beliau merupa pekerja kesayangan cik abang semasa cik abang bertugas dahulu dan kawan sekerja akak yang akak paling suka , nak tahu kenapa, kerja beliau tiptop. Bila minta tolong, kejap aje dah sampai dan terus buat tanpa banyak cakap. Itulah hikmahnya orang beriman ramai orang suka, rezeki pun murah.
Dan kerana itu akak sediakan mee goreng kering dan kopi O beng sempena kedatangan beliau. Beliau suka sangat dengan kopi O beng.
Mee goreng kering
Buah limau nipis dan tomato ni saja akak asingkan . Nanti sapa yang hendak diorang ambil taklah penuh kat dalam mangkok mee goreng tu.
Ini akak paparkan resepi mee goreng kering yang menjadi kegemaran suami dan anak anak akak. Mee ini agak pedas, bagi yang tak suka pedas kurangkan lada kering.
Resepi mee goreng kering.
2 bungkus mee
5 ekor udang sekadar untuk jadi hiasan
1 labu bawang putih
6 ulas bawang merah
10 biji lada kering di kisar -kalau tak nak pedas kurangkan
2 sudu besar udang kerIng - ditumbuk
1 labu bawang besar di mayang kasar
2 biji lada merah - di mayang kasar
1 sudu besar lada hitam di tumbuk
Minyak zaitun
1 kuib knor ayam
2 batang daun sederi
3 jambak lobak jepun
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap lemak manis
Daun sup, limau nipis dan buah tomato untuk hiasan.
Caranya..
Masukkan minyak dalam kuali ,panas masukan bawang putih yang di tumbuk biarkan sedikit garing, masukan bawang merah yang di mayang halus, bila agak garing dan baunya dah semerbak masukan lada kering yang dikisar. Bila sudah garing masukkan pula udang kering di tumbuk tadi biarkan sekejap masukan sos tomato , sos cili , sos tiram, kicap manis, dan udang basah, kuib Knor , lada hitam , bila semuanya dah agak kering, buatkan satu bulatan kat tengah kuali dan pecahkan telor biarkan ia masak seketika baru di gaul bersama bahan di dalam kuali tadi. Masukkan mee , kacau sekejap bersama bahan yang di goreng tadi, masukan batang sederi yang di potong kasar, bawang besar, lada merah, lobak jepun. Kacau dan rasakan biasanya ianya dah cukup manis masinnya tak perlu di tambah garam lagi, tapi itu ikut selera masing masing lah , tambahkan perasa yang kurang. Tutup api dan hidangkan.
Kopi O Beng tak di hidangkan lagi , tunggu dia orang selesai kerja dulu baru akak hidangkan.
Silakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan